BERITA TERKINI   Selangor umum bantuan khas dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, dibayar menjelang 21 Dis - MB Amirudin  | Selangor peruntuk RM24 juta sektor pengangkutan awam, sasar 60 peratus kadar penggunaan pada 2027 - MB Amirudin | Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM3.3 bilion, RM1.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM1.4 bilion bagi pembangunan - MB Amirudin | PRN Melaka: Pengundi disaran keluar mengundi awal, patuhi arahan SPR - Fahmi | Hubungan Malaysia-Indonesia akan terus utuh tanpa mengira apa yang berlaku dalam dinamika politik - Fahmi | 

Penanggung Insurans, Pengendali Takaful Perlu Tingkat Profesionalisme Ejen -- LIAM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) perlu mengukuhkan sistem pengurusan agensi mereka, khususnya dalam pengambilan, latihan, bimbingan dan penyeliaan untuk memastikan ejen menyampaikan perkhidmatan yang konsisten serta berkualiti kepada pelanggan, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell berkata pemilihan ejen untuk jawatan pengurusan harus berdasarkan proses penilaian yang betul memandangkan prestasi jualan yang kukuh tidak semestinya diterjemahkan kepada kepimpinan yang berkesan.

"Perlu ada penilaian pra-pelantikan, sokongan peralihan dan ITO perlu menyediakan kurikulum latihan ejen yang standard, merangkumi sistem untuk pengambilan ejen, pemilihan, latihan, bimbingan dan pengurusan aktiviti.

Ad Banner
Ad Banner

"Adalah menjadi tanggungjawab ITO untuk menjalankan usaha wajar bagi memastikan ejen bergerak atas sebab yang betul, selain memantau dan mengambil langkah dalam mengawal penggantian polisi serta menilai potensi kesannya terhadap pemegang polisi," katanya sebelum pelancaran penetapan Pembina Agensi Bertauliah (CAB) dan Amalan Terbaik Industri di sini hari ini.

O'Dell juga berkata ITO harus beralih daripada insentif jualan berasaskan produk. Sebaliknya, ganjaran hendaklah sejajar dengan pematuhan ejen kepada piawaian profesional dan amalan yang fokus kepada pelanggan.

Penanggung insurans juga harus menyemak struktur insentif mereka untuk memastikan bahawa ganjaran yang merangsang ejen perlu mengutamakan tingkah laku profesional dan kepentingan pelanggan daripada penjualan produk tertentu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Institut Insurans Asia, dengan kerjasama LIAM dan Persatuan Takaful Malaysia, secara rasmi telah melancarkan penetapan CAB dan Amalan Terbaik Industri untuk membangunkan ejen insurans profesional serta takaful keluarga.

Amalan terbaik itu dilandaskan kepada empat tonggak iaitu Piagam untuk Ejen Profesional, amalan terbaik industri, pendidikan dan pensijilan berterusan serta promosi industri bagi meningkatkan profesionalisme selain mengukuhkan keyakinan pengguna dalam industri insurans hayat dan takaful.

-- BERNAMA