Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 meningkat 9.5 mata kepada 1,589.0, manakala Disember 2026 menokok 10 mata kepada 1,590.0.
Kontrak Mac 2027 melonjak 9.5 mata kepada 1,572.5, sementara Jun 2027 meningkat tujuh mata kepada 1,572.5.
Jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada 9,123 lot daripada 9,711 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,391 kontrak daripada 43,006 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.44 mata kepada 1,588.03 daripada 1,582.59 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA