BERITA TERKINI   Rakyat perlu bekerja keras, kekalkan keamanan dan kestabilan, serta tumpu pertumbuhan ekonomi yang manusiawi menjelang 70 tahun kemerdekaan negara - PM Anwar | Institusi kewangan Tabung Haji hampir kecundang disebabkan kecuaian, kegelojohan, tamak haloba serta nafsu serakah - PM Anwar | Permasalahan TH dapat dikesan dari awal dan TH akan lebih cemerlang selepas ini - PM Anwar | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 6.3 peratus atau RM182.4 bilion kepada RM3.1 trilion tahun ke tahun pada 2025, disokong pertumbuhan eksport (6.6 peratus) dan import (6.0 peratus) - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 6.3 peratus atau RM182.4 bilion kepada RM3.1 trilion tahun ke tahun, disokong pertumbuhan eksport (6.6 peratus) dan import (6.0 peratus) - DOSM | 

Terdapat 41 berita berdasarkan kata kunci carian " lebihan"

Ringgit Diunjur 3.90-4.20 Berbanding Dolar AS Pada Separuh Kedua 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Malaysia yang berdaya tahan, lebihan dagangan kekal kukuh serta kerangka dasar monetari yang berdisiplin dijangka terus menyuntik sokongan terhadap ringgit sepanjang separuh kedua 2026 dengan unjuran dalam julat 3.90 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Syarikat Sekutu HSS Engineers Dapat Kontrak Skim Bekalan Air Perak Utara Bernilai RM34 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd, SMHB Sdn Bhd telah memenangi kontrak untuk Skim Bekalan Air Perak Utara dan Jualan Lebihan Air Terawat ke Pulau Pinang (NPWSS) yang dikeluarkan oleh Gamuda Engineering Sdn Bhd bernilai RM34.0 juta.

MATRADE Terus Pantau Keadaan Pasaran, Sedia Maklumat Risikan Pasaran Tepat Pada Masanya Kepada Pengeksport

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus memantau keadaan pasaran secara masa nyata serta menyalurkan maklumat risikan pasaran kepada para pengeksport Malaysia seiring dengan perubahan keadaan pasaran.

Tarif AS: Kesan Jangka Pendek Terhad, Risiko Perdagangan Kekal Tinggi – OCBC

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Tarif baharu di bawah Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan terhad terhadap eksport ke negara itu dalam tempoh terdekat, disokong oleh pengecualian produk yang meluas serta kadar tarif efektif yang lebih rendah berbanding jangkaan awal.

Ringgit Dijangka Diniaga pada RM4.08-RM4.10 Berbanding Dolar AS Minggu Depan Menjelang Keputusan Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Harga Brent Kekal Lebih US$100 Setong Jika Kapal, Prasarana Tenaga Terus Diserang - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Sebarang serangan ke atas kapal tangki atau prasarana tenaga di Asia Barat berpotensi mengekalkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong, menurut OCBC Group Research.

MITI Teruskan Libat Urus Dengan AS Susulan Tarif 10 Peratus Ke Atas Malaysia Berkaitan Buruh Paksa Mula Berkuat Kuasa

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 10 peratus yang dikenakan ke atas eksport Malaysia susulan isu berkaitan buruh paksa, yang mula berkuat kuasa hari ini.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Penjimatan Subsidi Diesel Dimanfaatkan Semula Bagi Perkukuh Program Bantuan Bersasar - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pengukuhan Ringgit Cerminan Asas Ekonomi Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi. 

Penganalisis Kpler Beri Amaran Harga Minyak Boleh Melonjak Melebihi US$100 Setong

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Harga minyak mentah berpotensi meningkat melebihi US$100 setong dan melonjak hingga US$120 berikutan kekangan bekalan yang kritikal sekiranya perang Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Asia Barat berlarutan selama satu atau dua minggu lagi, demikian amaran oleh penganalisis kanan minyak mentah syarikat risikan pasaran Kpler, Muyu Xu. 

Malaysia Mungkin Ada Kelebihan Disebalik Cadangan Tarif Buruh Paksa AS - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif 10 peratus ke atas barangan Malaysia di bawah langkah berkaitan buruh paksa Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan neutral terhadap prospek perdagangan, dengan negara ini berpotensi mendapat kelebihan berbanding pesaing serantau dengan tarif lebih tinggi, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).