12jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kos pengeluaran bagi formulasi minuman yang lebih sihat boleh meningkat lima hingga 10 peratus, namun Orgabio Holdings Bhd melihat peluang dalam segmen ini memandangkan kebanyakan pemilik jenama mahukan produk yang memenuhi pilihan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion setelah ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- TSH Resources Bhd hari ini memaklumkan operasi, konsesi dan aset-asetnya di Indonesia tidak terjejas susulan kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut di negara itu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini menafikan rancangan pihaknya untuk menswastakan anak syarikat perbankannya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam sektor gas petroleum cecair (LPG) Malaysia susulan perubahan pemilikan dalam Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB), salah satu pemegang sahamnya.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 13,743.15 tan metrik buangan bateri di bawah kod buangan terjadual SW103 dihasilkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2025, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pembangun tenaga boleh baharu yang layak di bawah Pakej Peningkatan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) (CAP) akan menikmati caj akses sistem (SAC) tetap sebanyak 14 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj) untuk tempoh 10 tahun, manakala pengguna tenaga hijau akan dikenakan caj berasingan sebanyak empat sen/kWj.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) menggantung sementara tiga unit dana di bawah pengurusannya, iaitu AmanahRaya Syariah Trust Fund (ARSTF), AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF) dan AmanahRaya Unit Trust Fund (ARUTF), berkuat kuasa semalam.
10hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 13 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan Labuan (LCC) menggesa pemberian pelepasan cukai bersasar dan dasar yang lebih jelas bagi mengatasi cabaran menjalankan perniagaan di pulau itu, berikutan pengumuman Belanjawan 2027, khususnya kepada pengeluar tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd melihat sektor pengguna sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2027 didorong oleh pelepasan cukai pendapatan individu yang dapat meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kediaman pertama dicadangkan agar disemak semula untuk terus menyokong pemilikan rumah kediaman pertama oleh warganegara Malaysia.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor korporat Malaysia harus menggunakan peluang dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan pelaburan, menambah baik produktiviti dan membina perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).