8jam ago
PETALING JAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Delegasi perniagaan Eropah mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi kerajaan Malaysia pada minggu ini bagi membincangkan inisiatif pembaharuan, peralihan hijau serta peluang untuk mengukuhkan kerjasama dua hala.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Peneraju perniagaan Eropah menggesa kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang berkualiti tinggi dan memberikan hasil komersial yang praktikal selain memperkukuh pelaburan dan kerjasama jangka panjang.
5hari ago
JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
6hari ago
BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pimpinan perniagaan daripada hampir 30 syarikat Eropah akan mengunjungi Kuala Lumpur minggu depan untuk bertemu dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU dijangka selesai pada 2027.
9hari ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan momentum pembaharuan baharu untuk memperkukuh kemampanan fiskal, melonjakkan produktiviti dan menambah baik pendidikan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang teguh dan berdaya tahan, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
9hari ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia kini hanya 7.1 peratus di bawah ambang negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia susulan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
9hari ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh secara purata pada kira-kira lima peratus untuk tahun ini dan 2027 meskipun berdepan ketidaktentuan global.
9hari ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Keutamaan segera Malaysia pada masa ini adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi isu gaji struktur sebelum meluaskan asas cukai, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
10hari ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.