BERITA TERKINI   PRN Melaka: Pertembungan tiga penjuru di DUN Machap Jaya babitkan calon PH, BN, BERSAMA - Pegawai Pengurus Pilihan Raya | PRN Melaka: Calon BN Akmal Saleh berhadapan saingan satu lawan satu menentang calon PH Rahayu Hamzah di DUN Merlimau | BN sokong pemeteraian CSA, cadang diperluas kepada parti lain - Ahmad Zahid | Ab Rauf dicadang kekal Ketua Menteri jika BN menang PRN Melaka - Ahmad Zahid | PRN Melaka: Pertembungan tiga penjuru di DUN Paya Rumput babitkan Azman Abidin (PH), Rafie Ahmad (PN) dan Abdul Rashid Abu Bakar (Bersama) | 

Terdapat 98 berita berdasarkan kata kunci carian "harga"

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Hadapan Susulan Bekalan, Permintaan Stabil

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menunjukkan trend meningkat pada minggu hadapan, disokong oleh bekalan dan permintaan yang stabil menjelang musim monsun.

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Fasa Konsolidasi Minggu Depan, Diniagakan Antara Paras 1,600-1,630

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam fasa konsolidasi minggu depan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 dengan kecenderungan positif secara sederhana.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan Menjelang Pengumuman OPR

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika peniaga menumpukan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 5 November ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Bergerak Dalam Julat Terhad, Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan sedikit menurun minggu depan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam RM4,100 Hingga RM4,250 Setiap Tan Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak menentu minggu depan dengan harga diunjurkan bergerak dalam lingkungan RM4,100 hingga RM4,250 setiap tan, berikutan kebimbangan terhadap paras stok yang tinggi.

Permintaan Penumpang Global Susut 0.5 Peratus Pada September Susulan Kelemahan Di Asia Barat, Amerika Utara

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Permintaan penumpang udara global keseluruhan yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 0.5 peratus pada September 2026 berbanding bulan sama tahun lepas, mencerminkan kelemahan pasaran di Asia Barat dan Amerika Utara.

LGM: Tiada Insentif Pengeluaran Getah Untuk Oktober

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Ni Hsin Tidak Tahu Menahu Laporan Atau Khabar Angin Sebabkan Harga Saham Jatuh

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ni Hsin Group Bhd tidak tahu menahu sebarang khabar angin atau laporan berhubung perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu yang mungkin menjadi punca kepada kejatuhan mendadak harga sahamnya serta jumlah dagangan yang tinggi.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Dalam Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Serantau, Ringgit Mengukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, ditekan oleh sentimen lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.