BERITA TERKINI   Pembelian ini akan menyokong penggantian secara berperingkat tujuh pesawat Airbus A350 milik MAG, dijangka dihentikan penggunaannya antara 2032 dan 2035 - Kapten Nasaruddin | Golongan wanita, pekerja swasta paling banyak jadi mangsa jenayah penipuan dalam talian - Saifuddin Nasution | Kerugian akibat penipuan dalam talian cecah RM7.33 bilion sejak 2023 hingga Okt lepas, libat 192,689 kes - Saifuddin Nasution | Malaysia Airlines akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang mengendalikan varian 787 Dreamliner - Kapten Nasaruddin | MAG beli 10 pesawat Boeing 787 Dreamliner, pembelian ini akan beri perkhidmatan kepada pelanggan selama beberapa dekad - Kapten Nasaruddin | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian "hiliran"

MOF Unjur Kutipan Cukai Langsung Bersih RM199 Bilion Tahun Depan -- LHDN

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan kutipan cukai langsung bersih kira-kira RM199 bilion pada 2027 dengan pertumbuhan kutipan sekitar enam peratus setahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan industri, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Koridor Pembangunan Sabah Akan Laksana Kajian Separuh Penggal Pada Awal 2027

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan menjalankan kajian separuh penggal pada awal 2027 bagi memperkukuh pelaksanaan SDC Blueprint 2.0, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Pelaburan RM200 Juta Kilang Penapisan Minyak Sawit Perkukuh Industri Hiliran Sawit Kelantan

KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) -- Pembukaan kilang penapisan minyak sawit baharu bernilai RM200 juta di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II di sini, dijangka memperkukuh industri hiliran sawit serta merancakkan sektor pembuatan di Kelantan.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, seiring dengan penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah permintaan hiliran yang lemah dan jangkaan peningkatan bekalan getah dari Thailand, kata seorang peniaga.

Kerajaan Perkukuh Industri Hiliran Getah Melalui R&D, Pengkomersialan -- KPK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh industri hiliran getah bernilai tinggi menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pemindahan teknologi bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan kerugian yang dicatatkan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Koridor Ekonomi Baharu, Perkukuh NCER, BEZ – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mewujudkan koridor ekonomi baharu di Wang Kelian, sebaliknya akan memperkukuh kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) yang kini dalam proses pemuktamadan, menurut Kementerian Ekonomi.

Peletakan Jawatan Gibran: Indonesia Berdepan Tekanan Baharu Bagi Kekalkan Keyakinan Pelabur - Penganalisis

JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- Indonesia berdepan tekanan baharu untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi susulan peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, dengan kredibiliti penggantinya dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen pasaran.

JDV Sasar Bangunkan Perniagaan Tenusu Bersepadu Menerusi Kerjasama Dengan Dutch Lady

JOHOR BAHRU, 10 Nov (Bernama) -- Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDV) menyasarkan untuk membangunkan perniagaan tenusu bersepadu di Johor, merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada ladang hingga ke pengguna, melalui satu perkongsian strategik dirancang bersama Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady Malaysia).

Pasaran Getah Dijangka Menjejaki Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Lebihan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan lebih perlahan dan lemah dengan harga berkemungkinan terus menunjukkan aliran menurun berikutan lebihan bekalan serta keadaan cuaca bermusim yang lebih baik menjelang musim tengkujuh.

Kerajaan Beri Fleksibiliti Moratorium Eksport REE Bagi Tarik Pelabur Berpotensi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) --  Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti dasar moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang sedia ada melalui Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan Unsur Nadir Bumi Mentah bagi menarik pelabur berpotensi.

NCER Realisasi Pelaburan RM4.6 Bilion Di Perak, Hasil Lebih 3,000 Peluang Pekerjaan

IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM4.6 bilion di Perak bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sekali gus mewujudkan 3,867 peluang pekerjaan baharu.