BERITA TERKINI   Projek tenaga boleh baharu yang dirancang menerusi program LSS dan CRESS dijangka menambah sekitar 10,000 hingga 11,000 MW kapasiti menjelang 2030 -- PETRA | PETRA, Suruhanjaya Tenaga teliti cadangan pelarasan bahan api automatik berperingkat bagi 2027, pastikan agihan kos bahan api lebih saksama | Penggunaan air bagi pusat data di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan diunjur mencecah 445.04 juta liter sehari menjelang 2030 --PETRA | Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus berdasarkan mesyuarat JPPPET pada 11 November lepas -- PETRA. | Kerajaan ambil pendekatan tadbir urus berfokus pastikan rakyat dilindungi seiring perubahan industri, pekerjaan susulan perkembangan AI - Fahmi  | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan kerugian yang dicatatkan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas berikutan permintaan tayar yang masih lembap, apabila pengeluar tayar terus berdepan keadaan pasaran hiliran yang lemah.

Ad Banner
Ad Banner

“Harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan peningkatan inventori minyak mentah dan bahan api Amerika Syarikat (AS) turut memberi tekanan kepada pasaran,” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata bahawa kenyataan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung kepada dasar monetari lebih ketat serta ketegangan perdagangan AS-China yang semakin memuncak terus menjejaskan sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, jualan runcit dan pengeluaran sektor pembuatan AS yang kekal berdaya tahan pada Oktober, selain jualan kenderaan yang kukuh oleh SAIC Motor, antara pengeluar automotif milik kerajaan terbesar di China, memberikan sedikit sokongan kepada pasaran,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga getah Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 10.5 sen kepada 993.0 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal turun 4.0 sen kepada 764.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA