4jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing yang terus menyokong permintaan terhadap mata wang itu dalam ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan ekonomi negara berkembang antara 5.0 hingga 5.5 peratus pada 2026 dengan pertumbuhan pada suku keempat diunjur sederhana kepada antara 4.5 hingga 5.0 peratus daripada 5.5 peratus pada suku ketiga.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka susut kepada purata US$79 setong pada 2027 berbanding US$91 pada 2026 susulan pemulihan pengeluaran minyak global, menurut Bank Dunia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kejayaan Farm Fresh Bhd, yang menerima sokongan modal awal daripada Khazanah Nasional Bhd dijadikan contoh dalam memacu perkembangan syarikat yang berpotensi bagi memastikan kemampanan industri makanan negara.
2hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 25 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangkakan pasaran gas asli cecair (LNG) global kekal terhad hingga 2027, dengan perkembangan geopolitik serta kadar pemulihan dijangka terus mempengaruhi ketersediaan bekalan dan harga pasaran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan antara reformasi yang menonjol sepanjang empat tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, sekali gus melindungi rakyat daripada ketidaktentuan global, khususnya ketika konflik yang berterusan di Asia Barat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Wasco Bhd (Wasco) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM29.60 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2026 (S3 2026) berbanding RM34.65 juta pada suku yang sama tahun lepas.
2hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan kutipan cukai langsung bersih kira-kira RM199 bilion pada 2027 dengan pertumbuhan kutipan sekitar enam peratus setahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan industri, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
3hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 24 Nov (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2026 kepada kira-kira 6.0 peratus daripada anggaran awal sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap kecerdasan buatan (AI), menurut Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM175.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 terutamanya disebabkan harga bahan api jet yang lebih tinggi akibat ketegangan geopolitik yang meningkat susulan konflik di Asia Barat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menegaskan bahawa perdagangan terbuka harus disertai dengan persaingan yang adil serta penguatkuasaan peraturan secara konsisten.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Disiplin fiskal dan akauntabiliti perlu diterapkan ke dalam sistem kerajaan itu sendiri supaya ia tidak bergantung kepada individu yang memegang tampuk pentadbiran, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.