4minit ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 22 Sept (Bernama) -- Keadaan kewangan Singapura secara keseluruhannya kekal berdaya tahan meskipun persekitaran global tidak menentu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
1jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- OGX Group Bhd telah menceburi industri tenaga boleh baharu (RE), menyasarkan peluang dalam pasaran pusat data Malaysia yang sedang berkembang menerusi sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
1jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Yes Group Management Bhd telah memeterai perjanjian penajajaminan dengan Malacca Securities Sdn Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat berkenaan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Eco Business Park 7 Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk menjual dua bidang tanah perindustrian berkeluasan 89.70 hektar di Port Dickson, Negeri Sembilan kepada Tera Data Centers (Malaysia) Sdn Bhd (TERA) bernilai kira-kira RM1.01 bilion.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan Dubai sebagai pintu masuk ke pasaran di seluruh Timur Tengah, Afrika dan Eropah, disokong oleh lokasi strategik emiriah tersebut, infrastruktur logistik serta dasar yang mesra perniagaan, menurut Dewan Perniagaan Dubai (Dubai Chambers).
2jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 tahun ini disasarkan menjana potensi perniagaan melebihi RM5 bilion selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah pemuktamadan Kerangka Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dapat memberi kejelasan berhubung pelaksanaannya menjelang tarikh penguatkuasaan pada akhir Disember 2026.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia melalui mekanisme pembiayaan yang lebih berteraskan pasaran serta kerjasama lebih erat dengan industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Profesional kewangan mesti menyesuaikan diri dengan landskap global yang berubah dengan pantas selain dipengaruhi perubahan geopolitik, cabaran berkaitan iklim dan kelestarian, kecerdasan buatan (AI) serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu kepercayaan.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong minat belian terhadap beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului saham perbankan dan penjagaan kesihatan.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- U Mobile dan ZTE Corporation melengkapkan bukti konsep (POC) bagi tapak rangkaian 5G mudah alih yang beroperasi sepenuhnya di luar grid dan dijana 100 peratus oleh tenaga hijau.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji penubuhan pasukan petugas pelbagai pihak berkepentingan melibatkan pengawal selia dan badan profesional untuk memperkukuh kecekapan dan profesionalisme setiausaha syarikat dalam syarikat yang disenaraikan di Malaysia.