7jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai peningkatan inventori domestik yang terus menjejaskan sentimen pasaran.
8jam ago
KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) menawarkan 65 ruang niaga dan 35 pakej pengurusan fasiliti kepada usahawan dan kontraktor tempatan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena penganjuran Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL baru-baru ini.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat selepas mengalami pemulihan kecil pada akhir dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini, kata penganalisis.
11jam ago
LABUAN, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan (SME Labuan) menggesa agar pengecualian cukai perkhidmatan di bawah Seksyen 48 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dilaksanakan bagi perkhidmatan yang dijalankan sepenuhnya di Labuan di bawah Belanjawan 2027.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Perusahaan diterajui wanita mencatat potensi jualan eksport bernilai RM229 juta menerusi sesi padanan perniagaan yang telah diatur lebih awal dan pada pameran selama empat hari yang diadakan di Pavilion Women in Export (WiEX) @ MIHAS 2026.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) – Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pelanggan domestik Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan penggunaan sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan akan menerima kredit secara pro rata bagi pelarasan caj bulan September yang akan dikreditkan terus ke dalam bil elektrik Oktober 2026.
18jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh harga minyak kacang soya yang lebih rendah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.