Terdapat 277 berita berdasarkan kata kunci carian " ce"

Penambahbaikan Sistem SST Mampu Pacu Persekitaran Cukai Lebih Cekap -- EY

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Usaha penambahbaikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang merangkumi aspek meminimumkan cukai bertindih, memperluas asas cukai dan mengukuhkan aspek pematuhan, dapat mendorong mewujudkan persekitaran cukai yang lebih cekap bagi perniagaan.

Airwallex Mahu Gandakan Jumlah Tenaga Kerja Di Malaysia, Perkukuh Kedudukan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Firma teknologi kewangan global, Airwallex berhasrat menggandakan bilangan tenaga kerjanya di Malaysia pada tahun ini sejajar dengan langkah memperkukuh kedudukan di peringkat tempatan, dipacu oleh jumlah transaksi rentas sempadan yang meningkat.

Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia Ke-13 Rai Hartanah, Pemimpin Industri Cemerlang

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia Malaysia ke-13 dengan kerjasama iProperty meraikan pencapaian sektor hartanah negara serta mengiktiraf tokoh terkemuka industri pada malam ini dengan pemaju dan projek hartanah menerima pengiktirafan dalam 62 kategori anugerah.

Sebanyak 65 Ruang Niaga, 35 Pakej Pengurusan Fasiliti Ditawarkan Sepanjang Jajaran ECRL

KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) menawarkan 65 ruang niaga dan 35 pakej pengurusan fasiliti kepada usahawan dan kontraktor tempatan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena penganjuran Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL baru-baru ini.

Kewangan Islam Perlu Kekal Inovatif, Inklusif Dan Berdaya Saing Di Peringkat Global - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Semua pihak perlu memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global dalam menghadapi fasa ketidaktentuan global dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

KWSP Gesa Pembaharuan Dalam Sistem Pencen Untuk Pastikan Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.

DNB Peroleh Pembiayaan Islam RM5.2 Bilion, Beralih Ke Fasa Seterusnya Dwi Rangkaian 5G

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari dipengaruhi tekanan jualan, menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran global apabila kenaikan berterusan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan sentimen risiko.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Hasil Bon AS Lebih Tinggi, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street berikutan hasil bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi serta ketegangan berterusan di Asia Barat menjejaskan minat belian.

BAIC Perkukuh Operasi Malaysia, Sasar Arcfox T1 Dilancar Akhir 2026

Daripada Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi

BEIJING, 30 Sept (Bernama) -- Beijing Automotive Group Co Ltd (BAIC Group) mempergiat persiapan untuk mengembangkan operasinya di Malaysia, dengan model Arcfox T1 disasarkan dilancarkan menjelang akhir 2026, diikuti model BJ30 pada suku pertama 2027.

Harga Emas Global Mengukuh, Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.