Terdapat 215 berita berdasarkan kata kunci carian " turun"

Niaga Hadapan MSM Terus Susut Susulan Harga Minyak Mentah Rendah 

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan dengan ditutup rendah pada Selasa berikutan harga minyak mentah yang rendah menjejaskan sentimen pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dolar US mengukuh sehingga menjejaskan logam berharga itu.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat 16.56 Mata Menjelang Pertemuan Trump-Xi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini.

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong minat belian terhadap beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului saham perbankan dan penjagaan kesihatan.

U Mobile, ZTE Lengkapkan Bukti Konsep Tapak Rangkaian 5G Berkuasa Tenaga Hijau Luar Grid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- U Mobile dan ZTE Corporation melengkapkan bukti konsep (POC) bagi tapak rangkaian 5G mudah alih yang beroperasi sepenuhnya di luar grid dan dijana 100 peratus oleh tenaga hijau.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa disokong aktiviti pembelian ketika harga rendah susulan ketegangan di Asia Barat yang semakin reda, sekali gus meningkatkan sentimen dan menurunkan harga minyak mentah Brent.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Susulan Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Selasa, disokong sentimen pasaran yang bertambah baik susulan penurunan harga minyak global serta perkembangan geopolitik.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Mercantile Exchange (CME).

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah terpilih selepas kebimbangan berkaitan krisis Asia Barat mereda di tengah-tengah penurunan harga minyak.

Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Dijangka Naikkan Harga US$2.00-US$2.50 Setiap Karton Pada Oktober - RHB IB

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Mini Pelabuhan Darat Di Mengkibol Dirancang Penuhi Keperluan Kargo Tengah, Timur Johor

Oleh Kamarul Halim M Kamal

SEGAMAT, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat penyedia perkhidmatan logistik dan pengangkutan Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd bercadang membangunkan sebuah mini pelabuhan darat menggunakan landasan sisi di Stesen Kereta Api Mengkibol, Kluang bagi memenuhi keperluan pengangkutan kargo berasaskan rel di kawasan tengah dan timur Johor.