1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Khamis disebabkan harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Unit MN Holdings Bhd (MN Holdings), iaitu MN Power Transmission Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM71.02 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membina pencawang masuk utama Blue Valley 132/33 kilovolt (kV) baharu di Cameron Highlands, Pahang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis dalam keadaan penyederhanaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang ditunggu-tunggu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM223.0 juta daripada Sunway Majestic Sdn Bhd untuk membina dan menyiapkan bangunan utama bagi projek pembangunan di Johor Bahru.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kerugian hampir RM13 bilion menerusi 14 pelaburan bermasalah dengan tujuh daripadanya merekodkan kerugian 100 peratus, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.