BERITA TERKINI   Banjir di Nepal: PM Anwar arahkan semua jabatan berkaitan agar segera kenal pasti dan hubungi rakyat Malaysia yang terjejas | ADUN Semarang Datuk Samsolbari Jamali dilantik Timbalan Speaker DUN Johor ke-16 | PM Anwar mahu pendekatan birokrasi lama tidak digunakan dalam pembangunan sains, teknologi dan inovasi negara | Banjir Nepal: Kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan, kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diutamakan - PM Anwar | Banjir Nepal: Usaha kesan 54 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi sedang giat dilaksanakan - PM Anwar | 

Terdapat 1701 berita berdasarkan kata kunci carian "f"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.

SC Lantik Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu Bagi Penggal 2026-2029

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik tujuh anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029. 

Penggunaan Elektrik Pusat Data Diunjur 31 Peratus Menjelang 2035 

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.

U Mobile Selesai Beralih Kepada Rangkaian 5G Sendiri, Keluar Daripada Perjanjian Borong DNB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh negara selepas keluar daripada perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Gerakan Koperasi Seluruh Negara Catat Perolehan RM81.62 Bilion Pada 2025

KEMAMAN, 1 Julai (Bernama) -- Gerakan koperasi di negara ini mencatat prestasi memberangsangkan apabila perolehannya meningkat hampir 20 peratus kepada RM81.62 bilion pada tahun lepas berbanding RM68.18 bilion pada tahun sebelumnya.

Pelan Induk, Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dilancarkan Pada Suku Keempat 2026

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

DNB Percepat Fasa Pertumbuhan 5G Seterusnya

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan kapasiti, prestasi dan memenuhi keperluan masa hadapan selari dengan peranannya sebagai penyedia infrastruktur 5G terkemuka Malaysia.

Subsidi Produk Petroleum Dijangka Hampir RM40 Bilion Tahun Ini - MOF

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Prospek Sektor Perbankan Malaysia Kekal Positif Didorong Pertumbuhan Pinjaman Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.

Kerjasama weststar, Rocket Technologies Berpotensi Jana Nilai Komersial Lebih US$10 Bilion 

CANBERRA, 1 Julai (Bernama) -- Perjanjian usaha sama strategik (JVA) antara Weststar Group dan Rocket Technologies International Pty Ltd, Australia dijangka memberi sumbangan penting kepada perdagangan dua hala serta pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan Australia.

Anak Syarikat Binastra Corp Peroleh Kontrak Pusat Data Bernilai RM491.15 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM491.15 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd untuk pembangunan pusat data.

Sebanyak 10 Syarikat Pemula Niaga Cip Tempatan Dipilih Sertai Kohort Pertama Semiconstart Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga semikonduktor Malaysia dipilih untuk program inkubasi semikonduktor kebangsaan yang julung kali diadakan, SemiconStart Malaysia, yang bertujuan membantu mengkomersialkan teknologi buatan tempatan dan membangunkan syarikat teknologi.