BERITA TERKINI   LTdL 2026: Pelumba Tudor Pro Cycling Team Lennart Jasch menang peringkat kedua dari Taiping ke Gunung Jerai | Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di sebelah pusara Datin Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya - Fahmi | Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 10.7 peratus pada Ogos 2026 berbanding peningkatan 9.7 peratus pada Julai 2026 | PM Anwar arah KSN, PAT bantu pengurusan dan beri taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhum Tun Dr Siti Hasmah | 

Terdapat 897 berita berdasarkan kata kunci carian " pelaburan"

Belanjawan 2027: NCER Harap Peruntukan Lebih Seimbang, Strategik Bagi Pacu Wilayah Utara

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berharap menerima peruntukan lebih seimbang dan strategik di bawah Belanjawan 2027 bagi merancakkan pembangunan kawasan kurang maju selain melonjakkan pertumbuhan sektor melangkaui pembuatan.

Malaysia Setuju Secara Prinsip Sokong Permohonan Kemudahan US$100 Juta Maldives – PM Anwar

Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives bagi kemudahan US$100 juta, yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu bentuk pinjaman mudah yang akan dilaksanakan menerusi pihak berkuasa monetari kedua-dua negara.

Jepan, Malaysia Meterai Pengaturan Swap Dua Hala Ketiga Berjumlah US$6 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Jepun dan Malaysia menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) yang ketiga dengan jumlah maksimum swap sehingga US$6 billion, berkuat kuasa pada 18 September 2026.

NCER Teroka Pelaburan EV, Automotif Bagi Capai Sasaran RM470 Bilion Menjelang 2030

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang meneroka peluang dalam sektor kenderaan elektrik (EV) dan automotif, dalam usahanya mempelbagaikan pelaburan melangkaui asas sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.

NCER Sasar Realisasi Pelaburan RM470 Bilion Menjelang 2030

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyasarkan untuk merealisasikan pelaburan kumulatif sebanyak RM470 bilion menjelang 2030, dengan 70 peratus daripadanya akan disumbang oleh sektor utama seperti elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan bernilai tinggi dan pertanian moden.

Butterfield FB Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Dibuka Lima Sen Di Bawah Harga IPO

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Ketidaktentuan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Isnin, dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dan hasil bon Amerika Syarikat (AS), selain ketidaktentuan susulan pertikaian berkaitan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Anwar Gesa Malaysia-India Perkukuh Sinergi Semikonduktor, E&E

Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar

KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara.

Malaysia Teroka Peluang Perniagaan UAE Dalam Logistik Halal, Pekerjaan

Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar

KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pemimpin perniagaan daripada Majlis Perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE)-India, Cawangan UAE (UIBC-UC) bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang pelaburan, logistik, pekerjaan dan pelbagai sektor perniagaan lain.

MITI Susuli Usaha Perluas Akses Barangan Malaysia Ke India – PM Anwar

Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar

KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menyusuli usaha untuk memperluas akses barangan Malaysia ke pasaran India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harga Minyak Lonjak Melebihi US$108, Ketegangan Asia Barat Cetus Kebimbangan Bekalan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Harga minyak terus melonjak, meningkat lebih tiga peratus kepada US$108 setong pada Isnin berikutan serangan terbaharu pada hujung minggu terhadap infrastruktur tenaga Arab Saudi yang menyebabkan saluran paip minyak East-West ditutup sementara.

Lagu Kishore Kumar Versi Anwar Curi Tumpuan Lawatan Ke India, Seiring Pengukuhan Hubungan Diplomatik, Pelaburan 

Daripada M.Saraswathi dan R.Ratcharathan

NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) --  Aksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang melantunkan lagu klasik Kishore Kumar, "Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat", mungkin telah menambat hati ramai masyarakat di India dan tular di media sosial negara itu.