15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia melaksanakan 13 inisiatif sepanjang lapan bulan pertama 2026, bagi meningkatkan tahap mudah tunai dan kecekapan pasaran modal Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Ambition Sdn Bhd, menyelesaikan Protokol Penyerahan dan Penerimaan bagi kapal Orkim Opal, sekali gus menjadikan jumlah armada kumpulan itu kepada 20 buah kapal dan meningkatkan jumlah kapasiti muatannya sebanyak 5.5 peratus.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan perindustrian menjelang pembentangan Belanjawan 2027.
15hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 hari ini, dengan pelabur memantau langkah-langkah untuk menyokong industri strategik dan perbelanjaan isi rumah.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat.
16hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, disokong jangkaan bahawa Malaysia mungkin mencadangkan pengecualian sementara duti eksport dalam Belanjawan 2027.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Al-‘Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran tunai pendasar.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MISC Bhd telah memperoleh kontrak Petronas LNG Ltd untuk pajakan jangka panjang lima kapal pembawa gas asli cecair (LNG) binaan baharu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dan terus berdepan tekanan jualan menjelang pengumuman Belanjawan 2027 esok berikutan lonjakan semula harga minyak serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat yang terus menjejaskan sentimen risiko.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan MyDCD Bhd (MyDCD) memeterai perjanjian penajajaminan dengan TA Securities Holdings Bhd (TA Securities) bersempena dengan cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
16hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun susut tidak lama kemudian, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS.