2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia melantik Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden baharu bagi penggal 2026-2028, menggantikan Datuk Ir Ho Hon Sang susulan mesyuarat perwakilan tahunan persatuan itu pada 27 Jun 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Nigel Wong Chun Teim dipilih sebagai Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bagi penggal 2026-2029, sekali gus menandakan penggal kedua beliau menerajui persatuan itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) memperoleh kontrak bernilai RM86 juta bagi melaksanakan reka bentuk dan pembinaan kabel penghantaran talian atas 275 kilovolt (kV) serta infrastruktur tenaga berkaitan untuk sebuah pusat data di Kapar, Selangor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- REDtone Digital Bhd melanggan nota jangka sederhana (MTN) bernilai RM13 juta yang diterbitkan oleh anak syarikat Berjaya Corporation Bhd, Berjaya IPS Equity Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini, seiring dengan kelemahan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan permintaan yang masih sederhana.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Berjaya Property Bhd (BProperty) berhasrat untuk menyertai projek Koridor Maritim Perlis (PMC) dengan melanggan 29 peratus kepentingan ekuiti dalam Manjaran Sdn Bhd (Manjaran) bernilai RM58 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengeluarkan Nota Panduan Mengenai Sukuk : Penjajaran dengan Panduan Maqasid Al-Shariah Pasaran Modal Islam Malaysia untuk mengukuhkan penjajaran penerbitan sukuk dengan Maqasid al-Shariah.
2bulan ago
KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan program subsidi Diesel BUDI MADANI (BUDI Diesel) di seluruh negara bermula pada 1 Julai dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh mekanisme subsidi bersasar serta mengurangkan ketirisan.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan Isnin dengan indeks petunjuk utama mengatasi penurunan awal selepas melantun daripada paras terendah intra harian di tengah-tengah aktiviti jualan ketara pada sesi pagi.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber dan privasi digital global, Kaspersky dan Digital Penang memeterai kerjasama strategik bagi memperkukuh kepercayaan digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pulau Pinang, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membina ekonomi digital yang dipercayai serta berdaya tahan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, Jun 29 (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan pengeluaran lada premium negara meningkat kepada 39,000 tan metrik menjelang 2030 berbanding anggaran 33,000 tan metrik pada 2026, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Huang Tiong Sii.