1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand membuka laluan lebih luas bagi barangan Malaysia untuk memasuki pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) bercadang melabur RM30 juta untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia di Kota Samarahan, Sarawak, yang akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dan pekerja mahir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan meluluskan 46 projek pembangunan bagi Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan siling peruntukan berjumlah RM207.2 juta, termasuk pembangunan infrastruktur kawasan industri hiliran yang akan menyokong aktiviti berhampiran stesen kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyasarkan sehingga 70,000 pelanggan bagi perkhidmatan emas digital patuh Syariah yang baharu dilancarkan, Pos ArRahnu Gold-i, dalam tempoh tahun pertama.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan terus mengimbangi pendekatan pelaburannya termasuk memberi penekanan yang lebih besar kepada pelaburan melalui dana dan pengurus dana yang mempunyai kepakaran sektor, jaringan pasaran serta keupayaan pemantauan khusus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Paras hutang statutori Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira keperluan pinjaman pada 2026 diunjurkan masih di bawah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak melaksanakan sekatan menyeluruh terhadap peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia insurans dan takaful, AIA Malaysia, mengekalkan kedudukan teratas dalam ranking Million Dollar Round Table (MDRT) di Malaysia buat kali ke-10, dengan merekodkan sejumlah 827 kelayakan MDRT, termasuk 19 ahli ‘Top of the Table’ (TOT), dan 67 ahli ‘Court of the Table’ (COT).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berganding bahu menganjurkan Sesi Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk vendor automotif tempatan.