BERITA TERKINI   Piala FA: Kuching City FC 4-1 Kelantan City FC | 

Terdapat 1054 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

NFLS 2026 Beri Tumpuan Kepada Kesejahteraan Kewangan, Realiti Dihadapi Kumpulan Rentan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.

KPK Gesa Percepat Penggunaan Teknologi Industri Sawit

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa penggiat industri sawit mempercepat penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan penghasilan produk bernilai tinggi.

Kesaksamaan, Kepercayaan, Ketelusan Kunci Penerimaan Pembaharuan Fiskal -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kesaksamaan, kepercayaan dan ketelusan adalah kunci untuk mendapatkan penerimaan rakyat terhadap pembaharuan fiskal yang sukar, termasuk rasionalisasi subsidi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Digital Perak, SCDB Meterai MoU Bina Ekosistem STEM AI Bernilai RM7.5 Juta

IPOH, 6 Okt (Bernama) -- Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Spark Capital Development Berhad (SCDB) bagi membangunkan ekosistem Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Kecerdasan Buatan (AI) yang menyeluruh di Perak.

Niaga Hadapan Emas Susut Walaupun COMEX Meningkat

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa walaupun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Belanjawan 2027

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa ketika para pelabur memantau rapat perkembangan Belanjawan 2027, yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, bagi mendapatkan petunjuk baharu, kata seorang penganalisis

Tahap Kesejahteraan Kewangan Rakan Penghantar Naik 34.4 Peratus Menerusi Program GoGiggers

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Tahap kesejahteraan kewangan peserta program celik kewangan GoGiggers mencatat peningkatan 34.4 peratus, dengan 74 peratus daripada mereka mula membuat simpanan kecemasan ketika pelaksanaan awal program itu di Semenanjung Malaysia.

Ryt Bank Perkenal Sokongan Apple Pay Bagi Kad Ryt

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ryt Bank kini menyokong Apple Pay, membolehkan pengguna menambah kad debit Ryt Bank Visa Debit Card (atau Kad Ryt) ke Apple Wallet dan menggunakannya untuk membuat pembayaran di kedai, dalam talian dan melalui aplikasi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan peningkatan dalam kebanyakan pasaran utama Asia susulan kenaikan saham teknologi di Wall Street dalam tempoh semalaman, walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi terus mengehadkan minat terhadap risiko.

OCBC Bank Perluas Khidmat World Transfer Kepada 67 Mata Wang

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd telah mengembangkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadannya, OCBC World Transfer, untuk menyokong transaksi dalam 67 mata wang berbanding hanya 26 sebelum ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Di Tengah-tengah Kebimbangan Bekalan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa di tengah-tengah gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan lebat di beberapa negara pengeluar utama. 

MITI Mahu Syarikat Multinasional Perkukuh Penyetempatan Industri Peranti Perubatan

GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) --  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mahu syarikat multinasional (MNC) dalam industri peranti perubatan Malaysia mempergiat usaha penyetempatan dengan memindahkan teknologi, kepakaran dan keupayaan mereka kepada syarikat tempatan.