BERITA TERKINI   WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026: Malaysia raih satu pingat gangsa, 13 Medal for Excellence | 

Terdapat 383 berita berdasarkan kata kunci carian " harga minyak "

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --  Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.

Niaga Hadapan MSM Lonjak Melepasi RM4,750, Disokong Harga Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, dengan kontrak terdekat melonjak melepasi RM4,750 setan metrik susulan kenaikan harga minyak mentah berikutan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Harga Minyak Dan Kebimbangan Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa berikutan kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.

Unjuran Harga MSM Bagi 2026-2027 Dinaikkan Didorong Risiko Bekalan Meningkat - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027, masing-masing sebanyak RM50 satu tan kepada RM4,450 satu tan dan RM4,550 satu tan berikutan risiko bekalan yang meningkat.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Mata Wang Utama Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada Selasa, manakala dolar AS mengukuh berikutan harga minyak mentah yang kekal tinggi susulan pembukaan semula Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Berikutan Pelabur Tidak Memasuki Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Sekitar US$4,250 Hingga US$4,350 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan kenaikan pada minggu depan, disokong oleh harga emas semerta yang lebih kukuh dan diunjurkan mencecah antara US$4,250 hingga US$4,350 setiap auns troy selain menjejaki prestasi emas di Bursa Komoditi (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pelabur terus menilai perkembangan geopolitik luaran dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Pasaran Buruh AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).