10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).
10hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Syarikat Bumiputera perlu berkembang daripada pembekal kepada rakan strategik, pemilik teknologi dan peneraju industri, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yingde Gases Group Co Ltd melalui unitnya, NovaAir Industrial Gases Sdn Bhd, menyasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan kapasiti kilangnya di Kuala Lumpur kepada lebih 90 peratus dalam tempoh dua tahun.
10hari ago
ALOR SETAR, 13 Okt (Bernama) -- Pendidikan dan kesedaran pelaburan perlu diperkukuh bagi membantu pelabur membuat keputusan bermaklumat serta mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menikmati pengecualian tarif bagi eksport semikonduktornya ke Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tertekan akibat paras stok yang tinggi dan corak pengeluaran bermusim, dengan kemungkinan berlaku fenomena El Niño akan menyokong harga pada 2027, menurut firma penyelidikan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Korporat Malaysia diseru untuk memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan, produktiviti, perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 memperkukuh hala tuju dasar kelestarian Malaysia merangkumi penyahkarbonan, daya tahan terhadap perubahan iklim dan keterangkuman sosial, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).