Terdapat 2386 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Anak Syarikat Favelle Favco Raih Kontrak Kren Luar Pesisir Bernilai RM88.8 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Favelle Favco Bhd (FFB), melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM88.8 juta daripada Saipem Offshore Construction SPA, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan OceanMight Sdn Bhd untuk membekalkan kren luar pesisir.

MIHAS 2026 Hampiri Sasaran 50,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50,000 pengunjung apabila memasuki hari ketiga dengan momentum memberangsangkan hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Mendatar Susulan Kebimbangan Terhadap Hasil Bon AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Walaupun Fed Dijangka Naikkan Kadar Faedah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun AS dijangka menaikkan kadar faedah utamanya selepas ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Kinergy Advancement Cadang Penempatan Persendirian Untuk Kumpul RM79.75 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd telah mencadangkan penempatan persendirian sehingga 218.49 juta saham baharu, mewakili 10 peratus daripada saham terbitannya untuk mengumpul hasil kasar sehingga RM79.75 juta.

Belanjawan: LIAM Minta Skim Insurans Pekerja Dikecualikan Cukai, Teliti Cukai Syarikat Insurans Semula

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) meminta kerajaan mengecualikan skim insurans pekerja berkelompok daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus di bawah Belanjawan 2027.

Rangka Kerja Penetapan Harga DRG MediAsas Berasaskan Bil Hospital RM4.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Data yang menjadi asas kepada rangka kerja penetapan harga Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) MediAsas menunjukkan pembayar pihak ketiga menanggung bil hospital berjumlah RM3.9 bilion, manakala RM932 juta dibayar sendiri oleh pesakit.

Jenama Dari Moscow Cari Rakan Kongsi, Pengedar Melalui MIHAS 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Sebuah jenama dari Moscow sedang giat mencari rakan kongsi dan pengedar di Malaysia serta negara jiran untuk produk halal mereka melalui Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Dipacu Oleh Data Ekonomi AS Yang Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, dengan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif dan prospek automotif AS yang menggalakkan menyokong sentimen pasaran, di tengah-tengah niaga hadapan serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Noraini Ketuai Misi Rasmi Ke India, Perkukuh Hubungan Pasaran Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan mengetuai misi rasmi ke India dari 27 September hingga 1 Oktober, 2026 bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan pasaran India.

Hasil MGS Dijangka Kekal Stabil Menjelang Makluman Data Penting Minggu Depan -- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.