BERITA TERKINI   Agong berkenan kampus UiTM di Jalan Othman dinamakan Kampus Tun Arshad Ayub, hargai jasa dan sumbangannya | Jangan jadikan media sosial pentas menghina, caci dan jatuhkan maruah orang lain - Agong  | Agong zahir peringatan kebebasan datang bersama tanggungjawab, gunakan media sosial penuh adab, rasa hormat  | 

Terdapat 747 berita berdasarkan kata kunci carian "mbi"

Kerajaan Sedia Pembiayaan Mudah RM200 Juta Bagi Kos Tanaman Semula Sawit

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah bernilai RM200 juta kepada pekebun kecil bagi membiayai kos penanaman semula kelapa sawit dengan keluasan kawasan sehingga 40 hektar.

Kerajaan Akan Perkenal Sukuk Simpanan Runcit Bertoken - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Sukuk Simpanan Runcit Bertoken, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MATRADE Terima Peruntukan RM60 Juta Bina Keupayaan Syarikat Tempatan Tembusi Pasaran Luar 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun hadapan bagi membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagai pasaran luar.

Pembiayaan Mikro Ditingkatkan Kepada RM6.6 Bilion Tahun Ini, Bantu Tambah Pendapatan Pengusaha Kecil

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bagi tahun 2027, pembiayaan mikro ditingkatkan kepada RM6.6 bilion bagi membantu pengusaha kecil menambah pendapatan melalui perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BNM Tambah RM5 Bilion Bantu PKS Terkesan Konflik

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menambah RM5 bilion kepada peruntukan sedia ada sebanyak RM5 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat konflik di Asia Barat mendapatkan pembiayaan perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2027: Jaminan Pinjaman Dan Pembiayaan Untuk PMKS Naik Ke RM57 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada RM57 bilion pada 2027 berbanding RM50 bilion sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khazanah, KWAP Sedia Pelaburan RM450 Juta Untuk Syarikat Pemula Niaga - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan pelaburan berjumlah RM450 juta bagi menyokong pembangunan syarikat pemula niaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CILTM Sabah Gesa Logistik Dimasukkan Dalam Pelan Induk Pengangkutan Negeri

LABUAN, 9 Okt (Bernama) --  Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah menggesa supaya sektor logistik dimasukkan secara jelas dalam cadangan Pelan Induk Pengangkutan Mampan Sabah.

Teknologi Hijau Layak Elaun Cukai Pelaburan Sehingga 100 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan dan menambah baik galakan cukai bagi sektor teknologi hijau sehingga 31 Dis, 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam teknologi hijau dan lestari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PMKS: Perkukuh Ekonomi Islam, Kerajaan Sedia Geran Padanan Sehingga RM5,000 Bagi Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2027: Nilai Perolehan Kerajaan Khusus Untuk Kontraktor Bumiputera G1-G4 Dinaikkan Kepada RM7.5 Bilion 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nilai perolehan kerajaan dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera G1-G4 ditingkatkan kepada RM7.5 bilion pada 2027, berbanding RM4 bilion tahun ini.

GLIC Akan Labur RM2 Bilion Untuk Perkasa Syarikat Bumiputera - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan melabur sebanyak RM2 bilion untuk memperkasa syarikat bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.