10hari ago
BANGKOK, 18 Sept (Bernama) -- Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan permintaan gas asli cecair (LNG) Asia pada masa depan, disokong oleh portfolio bekalannya yang pelbagai dan kapasiti pengeluaran yang meningkat di Malaysia, terutamanya pengoperasian loji baharu di Sabah tahun depan.
11hari ago
KUCHING, 16 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan penyerahan rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam pengurusan pelabuhan strategik itu.
12hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari berikutan tekanan jualan meluas sepanjang sesi dagangan pagi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai pelabuhan persekutuan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Indeks Kos Binaan (IKB) dengan bar keluli menurun antara 0.1 peratus dan 1.1 peratus mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia pada Ogos 2026 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) terus melabur bagi meningkatkan kebolehpercayaan terhadap aset penjanaannya yang sedia ada dan pada masa sama memperluas projek tenaga boleh baharu (TBB) dan penyimpanan tenaga.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dan sentimen terhadap aset berisiko yang semakin lemah.
20hari ago
Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Beberapa penerbangan AirAsia mungkin dibatalkan berikutan jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu di beberapa bahagian di Malaysia Timur dan Kalimantan Barat.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Forescom Plywood Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah seluas 8.32 hektar di Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, pada harga RM34 juta.