Terdapat 1160 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur"

Belanjawan 2027: Lebih Banyak Insentif Diperlukan Untuk Percepatkan Penggunaan AI

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) – Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pengilang AS Alih Sumber Input Dari China Ke Malaysia Susulan Tarif - AMCHAM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pengilang Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Malaysia mengurangkan kebergantungan terhadap input dari China dan semakin meningkatkan sumber bekalan dari Malaysia susulan pelaksanaan tarif AS, menurut Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.

Daya Tahan Ekonomi AS Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan harga jongkong emas global apabila pelabur menilai data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur dan menunggu petunjuk seterusnya berhubung prospek dasar kewangan AS.

Kelab Bola Sepak Eropah Wajar Pertimbang Pelaburan Dalam Akademi Di Malaysia - Jaap Stam

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Kelab bola sepak utama Eropah wajar mempertimbangkan untuk melabur secara langsung di Malaysia dengan menubuhkan akademi mereka sendiri, kata bekas pertahanan Manchester United dan pemain pasukan kebangsaan Belanda, Jaap Stam.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Malaysia, Singapura Boleh Bekerjasama Tingkatkan Perdagangan Intra-ASEAN - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dalam ASEAN dan memacu perdagangan intra-ASEAN dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam rantaian bekalan, ekonomi digital serta industri utama.

Utamakan Keterjaminan Makanan Marin, Pencegahan Pencemaran Dalam Bajet 2027 - Pakar

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia digesa mengiktiraf keterjaminan makanan marin dan pencegahan pencemarannya sebagai isu daya tahan nasional dan keutamaan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.

DNB Peroleh Pembiayaan Islam RM5.2 Bilion, Beralih Ke Fasa Seterusnya Dwi Rangkaian 5G

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.

Malaysia, Singapura Teroka Usaha Menarik Pelaburan Dalam JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura sedang meneroka kaedah untuk menarik pelabur dari negara ketiga ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus memperkukuh zon itu sebagai hab pelaburan dan eksport serantau.

AHB Kekalkan Agihan Pendapatan Lima Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengekalkan agihan pendapatan sebanyak lima sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2026, yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.