Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur asing"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi susulan Saham Perbankan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan prestasi positif minggu lepas, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga murah dalam saham perbankan berikutan Belanjawan 2027 menawarkan sokongan tambahan menerusi langkah-langkah menyasarkan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan perumahan dan pertumbuhan kredit dipacu pelaburan.

Institusi Tempatan Catat Aliran Masuk Bersih RM99.9 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM99.9 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Malaysia Sekali Lagi Muncul Pelabur Asing Terbesar Di Banten Indonesia, Labur RM9.81 Bilion

JAKARTA, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia sekali lagi muncul sebagai pelabur asing terbesar di wilayah Banten, Indonesia bagi tempoh antara 2023 hingga 2025, dengan merekodkan pelaburan direalisasi bernilai Rp43 trilion atau RM9.81 bilion (Rp1 juta = RM228.10).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Pemangkin Baharu Daripada Belanjawan 2027

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh keyakinan pasaran dan aktiviti belian yang berterusan susulan pengumuman Belanjawan 2027 yang menyediakan pemangkin baharu kepada pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dan terus berdepan tekanan jualan menjelang pengumuman Belanjawan 2027 esok berikutan lonjakan semula harga minyak serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat yang terus menjejaskan sentimen risiko.

Pasaran Saham Malaysia Kekal Stabil, Disokong Dasar Telus, Polisi Kondusif – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia kekal stabil ketika ini, disokong oleh dasar kerajaan yang telus serta polisi yang kondusif bagi menggalakkan kemasukan dana asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan peningkatan dalam kebanyakan pasaran utama Asia susulan kenaikan saham teknologi di Wall Street dalam tempoh semalaman, walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi terus mengehadkan minat terhadap risiko.

MBSB IB Saran Belanjawan Beri Sokongan Lebih Kukuh Ke Atas Syarikat Modal Sederhana Dan Kecil

Oleh Zufazlin Baharuddin

PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) -- Kepastian cukai yang lebih besar untuk syarikat dan sokongan yang lebih kukuh untuk syarikat bermodal kecil dan sederhana adalah antara langkah yang boleh memberikan dorongan kepada pasaran modal Malaysia di bawah Belanjawan 2027.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Pembukaan Dagangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti belian pada harga rendah berikutan penurunan baru-baru ini, di sebalik petunjuk negatif dari Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan kenaikan harga minyak mentah and hasil bon AS yang memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kurang Pemangkin

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.