17hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Evocom Bhd berhasrat mengembangkan perniagaan penghantaran kargo udaranya secara transit khususnya bagi laluan dari China ke Australia dan Asia Barat dalam usaha mempelbagaikan operasinya di luar perniagaan teras iaitu penyediaan tenaga kerja fleksibel.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.
22hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar kebolehramalan pengangkutan awam seharusnya menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027, iaitu dengan memberikan lebih perhatian terhadap usaha mengukuhkan perkhidmatan sedia ada, berbanding memberi tumpuan kepada projek besar yang baharu.
26hari ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ekonomi penjagaan golongan berusia di Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan warga emas Singapura yang mencari pilihan penjagaan dengan bantuan di negara ini menjelang 2030.
1bulan ago
SINGAPURA, 7 Sept (Bernama) -- Pengendali logistik ekspres kini sedang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemantauan jarak jauh merentasi rangkaian pengangkutan darat mereka untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan rentas sempadan menjelang penyepaduan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
1bulan ago
Daripada Mohamad Syazwan Mustafa
SINGAPURA, 4 Sept (Bernama) -- Pewujudan sistem perdagangan sehenti dan penyelarasan piawaian kawal selia antara Malaysia dan Singapura merupakan langkah penting untuk memastikan integrasi rentas sempadan yang lancar serta merealisasikan sepenuhnya potensi ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut pemimpin industri logistik ekspres.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1bulan ago
PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.