BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan (Belanjawan) 2027 di peringkat dasar | KKM buka permohonan fasa pertama pelantikan khas tetap 750 kekosongan Pegawai Perubatan Gred UD10 di Sabah, Sarawak pada 9-15 Nov | PRN Melaka: BN setuju beri MCA satu lagi kerusi untuk ditandingi, iaitu DUN Bandar Hilir - Wee Ka Siong | 14,706 kandungan CSAM, 5,178 laman web lucah dan 828,438 kandungan judi dalam talian diturunkan sejak 2022 hingga Sept - Fahmi | Filem tayangan umum masih tertakluk penapisan LPF, 17 filem di bawah Skim Wajib Tayang kutip RM129.86 juta setakat 8 Okt - Fahmi | 

Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian "belanjawan 2027"

Kerajaan Guna Pendekatan NDI Pada 2027 Untuk Nilai Kelayakan Bantuan - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pendekatan pendapatan boleh guna bersih (NDI) pada 2027 bagi memastikan penilaian kelayakan bantuan mengambil kira faktor demografi dan liabiliti selain pendapatan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

EXIM Bank Perkukuh Keupayaan Perniagaan Malaysia Menerusi Inisiatif Strategik Bernilai Lebih RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memperkukuh keupayaan perniagaan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan mengamalkan amalan mampan menerusi inisiatif strategik bernilai lebih RM1 bilion yang diamanahkan oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2027.

Pengecualian Gaji Minimum Dalam Belanjawan 2027 Bantu PMKS Sesuaikan Pengambilan Pekerja, Struktur Gaji - SME Corp

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengecualian pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM2,000 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merekodkan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dalam Belanjawan 2027, berkuat kuasa Jun tahun depan akan membantu perniagaan menyesuaikan pengambilan tenaga kerja dan struktur gaji mereka, menurut SME Corporation Malaysia.

Manfaatkan Data, Analitik Bagi Tambah Baik Penyasaran Subsidi Ikut Keperluan Isi Rumah - Pakar

BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan data dan analitik untuk menambah baik penyasaran subsidi berdasarkan keperluan isi rumah bagi membantu golongan yang paling memerlukan di samping mengekalkan kemampanan fiskal negara.

Belanjawan 2027: Peruntukan RM16 Bilion Bagi STR Dan SARA Dijangka Rangsang Perbelanjaan Isi Rumah, Sektor Peruncitan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.