10hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan lebih perlahan dan lemah dengan harga berkemungkinan terus menunjukkan aliran menurun berikutan lebihan bekalan serta keadaan cuaca bermusim yang lebih baik menjelang musim tengkujuh.
12hari ago
KLANG, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang giat memperluas infrastruktur pengangkutannya merentasi darat, laut, dan udara dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab logistik bertaraf dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd memberi amaran bahawa barisan menunggu di kaunter daftar masuk lapangan terbang, pemeriksaan keselamatan dan imigresen mungkin lebih panjang daripada biasa sepanjang tempoh cuti Deepavali yang akan datang.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.
14hari ago
PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) menyasarkan penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX) pada awal 2027, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Lee Yeow Seng.
17hari ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang mempergiat usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan kapal persiaran menerusi cadangan memperkenalkan ‘Strategi 3I’ yang menyasarkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan dan menarik laluan baharu bagi kapal persiaran antarabangsa.
17hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menunjukkan trend meningkat pada minggu hadapan, disokong oleh bekalan dan permintaan yang stabil menjelang musim monsun.
18hari ago
GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan kira-kira RM3.5 juta bagi menyediakan peralatan dan keperluan asas menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
20hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.
22hari ago
SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Lufthansa Airlines hari ini melancarkan semula perkhidmatan penerbangan terus yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Frankfurt, Jerman, sekali gus mengembalikan hubungan udara berkenaan selepas hampir sedekad.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan Citibank Bhd (Citi) mengumumkan kemudahan pembiayaan perdagangan berstruktur bernilai US$75 juta (US$1=RM4.07) untuk menambah baik pengurusan modal kerja, meningkatkan mudah tunai dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan bagi menyokong keperluan operasi MAG di seluruh Asia.
25hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membangunkan pelan strategik 10 tahun bagi meningkatkan kekerapan serta kebolehpercayaan perkhidmatan kereta api dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.