BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM FC 5-0 Kelantan Red Warrior FC | Cendekiawan sains politik Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun - International Movement for a Just World (JUST) | PM Anwar puji tradisi memahami, mentelaah dan mengupas hadis dalam negara yang semakin meningkat | Kerajaan MADANI kekal tegas tentang amalan rasuah dan seludup dadah, tindakan keras kepada individu terlibat - Anwar | Pasukan pertahanan mesti sentiasa bersiap siaga hadapi sebarang ancaman, kekalkan integriti untuk jaga negara - PM Anwar | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian "tnb"

TNB Diiktiraf Jenama Terbaik Tahun Ini Di World Branding Awards 2026–2027

KUALA LUMPUR, 4 Nov  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Perancangan Sistem Bersepadu Penting Dalam Memenuhi Peningkatan Permintaan Elektrik - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan perancangan sistem yang bersepadu semakin penting susulan meningkatnya permintaan elektrik daripada pusat data dan industri bernilai tinggi.

Matlamat Projek Jelas, Kesediaan Pelaburan Pemangkin Hubungan Tenaga Serantau - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

TNB Percepat Pemodenan Grid, Tampung Permintaan Semasa Dan Akan Datang - Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur grid dan mempercepat pemodenan rangkaiannya bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik Malaysia, meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu serta menampung permintaan pada masa depan.

Unit TNB Kemuka Kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN RM2 Bilion Kepada SC

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.

Anak Syarikat Ann Joo Raih Kontrak Subkontrak Solar Bernilai RM61.89 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik penuh Ann Joo Resources Bhd (AJR), IAC Infrastructure Sdn Bhd (IACI) telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM61.89 juta.

Kerajaan Belum Beri Keputusan 24 Permohonan Baharu Pusat Data - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, Okt 28 (Bernama) -- Kerajaan belum memberikan keputusan terhadap 24 permohonan baharu pusat data kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

TNB Terbit Sukuk Wakalah Kemampanan RM4.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan Sukuk Wakalah Kemampanan bernilai RM4.8 bilion di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion, berlandaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

Peluasan Perlindungan Bil Elektrik Tidak Jejas Pembayaran Dividen TNB – Fadillah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.

TNB Komited Sambung Pusat Data Ke Grid Elektrik Dalam Tempoh Setahun

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.

Malaysia Berpeluang Raih Manfaat Daripada Projek Kuasa Rentas Sempadan - Fadillah

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Sebagai Hab Pusat Data Serantau - Moody’s Ratings

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.