BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Anak Syarikat Ann Joo Raih Kontrak Subkontrak Solar Bernilai RM61.89 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik penuh Ann Joo Resources Bhd (AJR), IAC Infrastructure Sdn Bhd (IACI) telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM61.89 juta.

Perjanjian berkenaan merujuk kepada pembangunan loji fotovoltaik (PV) solar berskala besar dengan kapasiti kira-kira 100 megawatt arus ulang-alik (MWac) di kawasan wilayah utara.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan bahawa IACI pada 2 Okt, 2026 telah menandatangani perjanjian dengan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sebagai subkontraktor bagi melaksanakan reka bentuk dan pembinaan secara siap guna.

Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, syarikat akan melaksanakan ujian dan pentauliahan fasiliti penyambungan tara dan kerja-kerja talian penghantaran bagi projek berkenaan.

“Tenaga elektrik yang dijana oleh projek itu dijadualkan disalurkan ke grid nasional melalui sistem penghantaran elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Projek itu seiring dengan usaha Malaysia untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu melalui pembangunan kemudahan PV solar berskala besar, menurut Ann Joo.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Identiti kontraktor EPCC tidak didedahkan dalam pengumuman itu berikutan obligasi kerahsiaan.

Kontraktor EPCC berkenaan ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia dan terlibat terutamanya dalam aktiviti pembekalan serta perkhidmatan elektrik dan mekanikal.

Sekiranya tiada sebarang keadaan luar jangka, projek itu dijangka siap pada atau sebelum suku ketiga 2027.

IACI terlibat terutamanya dalam aktiviti pembinaan, kejuruteraan dan kerja-kerja pembangunan infrastruktur.

-- BERNAMA