BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai. 

Pada penutup, kontrak Oktober 2026 meningkat 7.0 mata kepada 1,614.0, November 2026 menambah 8.5 mata kepada 1,613.0 dan Disember 2026 menokok 8.0 mata kepada 1,617.0. Kontrak Mac 2027 naik 9.0 mata kepada 1,602.0.

Jumlah dagangan susut kepada 62,406 lot berbanding 72,205 lot yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 107,497 kontrak daripada 112,482 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.02 mata kepada 1,613.87 daripada 1,611.85.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner