BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Walaupun COMEX Susut

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu walaupun Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) mencatat penurunan.

Pada akhir urus niaga, kontrak Oktober 2026 meningkat kepada US$4,052.1 setiap auns troy daripada US$3,997.6 semalam manakala November 2026 naik kepada US$4,067.8 daripada US$4,013.3 sebelumnya.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 juga menokok kepada US$4,082.5 setiap auns troy daripada US$4,028.0 pada akhir sesi semalam.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 52 lot daripada 71 lot semalam dan kepentingan terbuka berkurangan kepada 122 kontrak daripada 153 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal pada US$4,057.25 setiap auns troy sebagaimana penetapan harga oleh London Bullion Market Associationang pada 27 Oktober 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner