BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Menjejaki Kenaikan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran turut disokong oleh kenaikan harga minyak mentah susulan kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan di Asia Barat. Sentimen pasaran juga mendapat sokongan daripada prospek positif jualan kenderaan elektrik (EV) global dan petunjuk ekonomi Amerika Syarikat yang semakin baik.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh jangkaan inflasi global yang berterusan serta ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga minyak mentah meningkat susulan laporan serangan terhadap sebuah kilang penapisan minyak di Arab Saudi, yang mencetuskan semula kebimbangan mengenai kemungkinan gangguan bekalan di Asia Barat.

Ketika berita ini ditulis, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.37 peratus kepada US$115.40 setong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, hujan lebat di selatan Thailand dijangka berterusan hari ini, berpotensi mengganggu aktiviti penorehan dan mengetatkan bekalan getah, katanya.

“Jualan EV global diunjurkan meningkat 11 peratus kepada 23.3 juta unit pada 2026, sekali gus menyokong prospek permintaan automotif dan tayar dalam jangka panjang,” katanya.

Pada 3 petang, harga getah Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat tiga sen kepada 1,030 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut dua sen kepada 798 sen sekilogram, menurut data Lembaga Getah Malaysia.

-- BERNAMA