BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Belian Pada Akhir Dagangan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.02 mata atau 0.13 peratus kepada 1,613.87 berbanding 1,611.85 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.64 mata kepada 1,614.49 dan bergerak antara 1,609.44 hingga 1,615.87 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 658 berbanding 418 manakala 524 kaunter tidak berubah, 1,267 kaunter tidak diniagakan dan 104 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 3.16 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 3.37 bilion unit bernilai RM3.10 bilion pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi kebanyakan pasaran serantau mengukuh, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman manakala prestasi pendapatan syarikat semikonduktor yang kukuh menguatkan keyakinan terhadap permintaan bagi kecerdasan buatan.

Beliau berkata pelabur terus memberi tumpuan kepada keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan laporan pendapatan syarikat teknologi utama yang akan diumumkan.

“Di peringkat domestik, kami mengekalkan pandangan optimis namun berhati-hati, disokong oleh asas ekonomi yang berdaya tahan dan penilaian saham yang secara relatifnya menarik.

“Kami berpandangan bahawa pembetulan pasaran baru-baru ini menawarkan peluang untuk mengumpul saham mewah terpilih yang mempunyai asas kukuh walaupun mudah tunai pasaran rendah dan ketidaktentuan luaran mungkin mengehadkan pemulihan.

“Untuk tempoh yang masih berbaki minggu ini, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,630 mata, dengan kecenderungan meningkat,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Power International meningkat 17 sen kepada RM5.27, YTL Corporation naik 10 sen kepada RM2.15, Maybank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM9.99 dan RM7.11 manakala Public Bank susut empat sen kepada RM4.71.

Bagi saham aktif, Zetrix AI dan MAG kekal tidak berubah masing-masing pada 8.5 sen dan 15.5 sen, V.S Industry naik satu sen kepada 35.5 sen, Top Glove menokok setengah sen kepada 97 sen manakala GIIB Holdings menurun 2.5 sen kepada 71 sen.

Kaunter paling untung ialah Nestle yang meningkat RM3.70 kepada RM97.98, Malaysian Pacific Industries naik 84 sen kepada RM42.14, ViTrox menokok 24 sen kepada RM11.06 manakala Sarawak Oil Palms dan Fraser & Neave masing-masing naik 22 sen kepada RM5.50 dan RM19.90.

Bagi kaunter paling rugi, United Plantations susut 38 sen kepada RM29.32, Hong Leong Industries turun 28 sen kepada RM16.22, Ayer Holdings berkurangan 25 sen kepada RM7.75, Westports rendah 20 sen kepada RM6.8, dan Dufu Technology susut 16 sen kepada RM3.01

Bagi papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 27.98 mata kepada 12,067.27, Indeks FBM Top 100 naik 24.75 mata kepada 11,859.28, Indeks FBM Mid 70 menambah 77.90 mata kepada 17,448.02, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 31.41 mata kepada 12,081.14 manakala Indeks FBM ACE melonjak 63.29 mata kepada 5,481.92.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.12 mata kepada 179.03, Indeks Tenaga naik 0.63 mata kepada 846.37, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.79 mata kepada 18,579.24 dan Indeks Perladangan menurun 7.43 mata kepada 8,646.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.69 bilion unit bernilai RM1.99 bilion daripada 1.99 bilion unit bernilai RM2.81 bilion pada Selasa.

Bagaimanapun jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.07 bilion unit bernilai RM137.84 juta daripada 952.13 juta unit bernilai RM113.35 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 405.80 juta unit bernilai RM160.63 juta daripada 433.23 juta unit bernilai RM181.44 juta semalam.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 245.58 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (295.29 juta), pembinaan (127.13 juta), teknologi (559.68 juta), perkhidmatan kewangan (46.27 juta), hartanah (86.05 juta), perladangan (23.03 juta), amanah pelaburan hartanah (10.89 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (87.02 juta), penjagaan kesihatan (92.82 juta), telekomunikasi dan media (27.31 juta), pengangkutan dan logistik (50.72 juta), utiliti (33.79 juta) dan amanah perniagaan (521,900).

-- BERNAMA