Terdapat 308 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek"

RHB IB Unjur KDNK Malaysia Tumbuh 4.7 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dirangsang Minat Belian Saham Perbankan, Perladangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.

Tomei Gesa Pengecualian Duti Import Jongkong Emas Tempa

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM4.05-RM4.07 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat RM4.05 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pasaran berkemungkinan menumpukan perkembangan membabitkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) serta Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Pasaran Getah Meningkat Semula Susulan Kenaikan Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan berikutan hujan lebat di Thailand dan amaran ribut tropika.

Eckem Jangka Permintaan Kukuh Terhadap Bahan Kimia Industrinya Disokong Pertumbuhan Pesat Pusat Data

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Eckem Holdings Bhd menjangka permintaan terhadap bahan kimia industri khususnya kekal berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan pesat pusat data yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara serantau ASEAN pada Khamis, apabila dolar AS kekal rendah ekoran kekurangan panduan jelas mengenai prospek kadar faedah AS.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh harga minyak mentah yang rendah dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

IPPFA Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Malaysia Pada 4.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.

Co-opbank Pertama Agih Dividen RM104.8 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025, dengan pembayaran dividen dikreditkan ke dalam akaun anggota yang layak bermula hari ini. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Terhadap Kadar Faedah AS Semakin Reda

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan yang semakin reda terhadap prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) telah merangsang sentimen pasaran susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.

HSBC Sasar FBM KLCI 1,850 Mata Pada Akhir Tahun, Naik 10 Peratus Daripada Paras Semasa

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- HSBC Private Bank and Premier Wealth menetapkan sasaran akhir tahun pada 1,850 mata bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menunjukkan kenaikan kira-kira 10 peratus daripada paras semasa.