Terdapat 431 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa malaysia"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Niaga Hadapan MSM Terus Susut Susulan Harga Minyak Mentah Rendah 

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan dengan ditutup rendah pada Selasa berikutan harga minyak mentah yang rendah menjejaskan sentimen pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dolar US mengukuh sehingga menjejaskan logam berharga itu.

IPO GB Bond Catat Lebihan Langganan 8.22 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE Pada 1 Okt

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bahagian awam Malaysia dalam tawaran awam permulaan (IPO) GB Bond Holdings Bhd mencatatkan lebihan langganan sebanyak 8.22 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat 16.56 Mata Menjelang Pertemuan Trump-Xi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini.

Yes Group, Malacca Securities Meterai Perjanjian Taja Jamin Bagi IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Yes Group Management Bhd telah memeterai perjanjian penajajaminan dengan Malacca Securities Sdn Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat berkenaan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong minat belian terhadap beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului saham perbankan dan penjagaan kesihatan.

SC Kaji Tubuh Pasukan Petugas Bagi Perkukuh Kecekapan, Akauntabiliti Setiausaha Syarikat

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji penubuhan pasukan petugas pelbagai pihak berkepentingan melibatkan pengawal selia dan badan profesional untuk memperkukuh kecekapan dan profesionalisme setiausaha syarikat dalam syarikat yang disenaraikan di Malaysia.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa disokong aktiviti pembelian ketika harga rendah susulan ketegangan di Asia Barat yang semakin reda, sekali gus meningkatkan sentimen dan menurunkan harga minyak mentah Brent.

Unit Frontken Peroleh Tanah Perindustrian, Bangunan Kilang Di Taiwan Bernilai RM118.16 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik Frontken Corporation Bhd (Frontken), Ares Green Technology Corporation (Ares Green) memperoleh tanah perindustrian dan bangunan kilang di Bandar Tainan, Taiwan daripada Ginwin Technology Co Ltd (Ginwin Technology) pada harga RM118.16 juta.