BERITA TERKINI   Permulaan perlumbaan GP Bahrain di Malaysia 2026 ditangguhkan - Formula 1 | Sultan Brunei berangkat tiba di SIC untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 | Agong berangkat tiba di SIC untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 | Semua perkara di bawah tanggungjawab KPM susulan kes pelajar maut di Yong Peng perlu diperiksa menyeluruh dan tidak disembunyikan - Fadhlina | KPM arah semua aspek keselamatan sekolah diperiksa susulan kes pelajar maut di Yong Peng - Fadhlina | 

Terdapat 1497 berita berdasarkan kata kunci carian "buka"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, susulan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).

Bank Islam Peruntuk RM6 Juta Setahun Biayai Pendidikan, Usahawan

KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad memperuntukkan RM6 juta setahun menerusi Program Sadaqa House bagi membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan usahawan di seluruh negara.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Data IHP AS Dikeluarkan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis walaupun harga minyak mentah meningkat dan jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pelabur menantikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dikeluarkan pada Jumaat ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketegangan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.

SLGC Sasar Raih RM29.4 Juta Melalui IPO, Bakal Disenarai Di ACE Market

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan yang berterusan dalam ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat, harga minyak mentah yang tinggi dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.

Malaysia Sasar Skor Pelaksanaan Berkesan ICAO Sebanyak 90 Peratus Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan skor Pelaksanaan Berkesan (EI) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sekurang-kurangnya 90 peratus menjelang Disember 2028 di bawah Pelan Keselamatan Penerbangan Malaysia 2026-2028 yang dilancarkan hari ini.

PNB Labur Hampir RM570 Juta Sejak 1996 Bangunkan Bakat Untuk Kemajuan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Hab Pengetahuan MIHAS Berkembang Jadi Platform Sepanjang Tahun - MATRADE

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memperluas Hab Pengetahuan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) menjadi platform risikan perdagangan sepanjang tahun untuk memacu daya saing global pengeksport Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Seiring Prestasi Suram Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang secara keseluruhannya lemah semalaman susulan kenaikan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Ringgit Kekal Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS ketika dagangan dibuka pada Khamis dan para pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP)  Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung apabila pasaran kehilangan momentum, kata seorang pakar industri.