BERITA TERKINI   Kerajaan setuju untuk sediakan peruntukan elaun Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | Fenomena El Nino : Paras air 37 empangan normal, sembilan tahap amaran dan satu kritikal - SPAN | Banjir Nepal: Malaysia sedang selaras penghantaran bantuan termasuk kemungkinan gerakkan SMART - PM Anwar | Hanya 30 buah sekolah di Lubok Antu, Sarawak ditutup setakat ini susulan bacaan IPU melebihi 200 - Timbalan Menteri Pendidikan | Sebanyak 11 sekolah baharu beroperasi tahun ini, termasuk tiga di Johor yang bermula Sept depan - Timbalan Menteri Pendidikan | 

Terdapat 816 berita berdasarkan kata kunci carian "pelabur"

CEFORE UMT Terpilih Sertai CFIL, Bakal Pacu Teknologi Tenaga Boleh Baharu

KUALA NERUS, 30 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar satu lagi kejayaan apabila Pusat Tenaga Boleh Baharu Luar Pesisirnya (CEFORE) terpilih menyertai Program Pemecut Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) yang diterajui Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB).

K-Test Labur US$50 Juta Bagi Perkasa Ekosistem Semikonduktor Perak

BATU GAJAH, 30 Julai (Bernama) -- Pelaburan sebanyak US$50 juta oleh syarikat pakar pengujian semikonduktor Korea Selatan, K-Test Co. Ltd (K-Test) dijangka memperkukuh ekosistem industri elektrik dan elektronik (E&E) Perak, sekali gus merangsang pertumbuhan sektor pembuatan berteknologi tinggi di negeri ini.

PMKS Malaysia Sedia Manfaatkan DEFA Bagi Tembusi Pasaran ASEAN - Sim

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan yakin tahap penerimaan digital yang tinggi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membolehkan mereka memanfaatkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) untuk menembusi pasaran seramai 680 juta pengguna di ASEAN.

Pimpinan Perniagaan Eropah, Johari Ghani Bincang FTA Malaysia-EU Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pimpinan perniagaan daripada hampir 30 syarikat Eropah akan mengunjungi Kuala Lumpur minggu depan untuk bertemu dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU dijangka selesai pada 2027.

RCI: Jaminan Kerajaan RM88 Bilion Perlu Diaktifkan Jika TH Gagal Pelan Pemulihan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jaminan kerajaan kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bernilai RM88 bilion perlu diaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Jejaki Sentimen Lemah Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki sentimen lemah di Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

F1 Kembali Ke Malaysia Berpotensi Pacu Aktiviti Ekonomi Lebih RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air (GP Bahrain) di Malaysia, selaku tuan rumah, berpotensi menjadi pemangkin utama ekonomi dengan merangsang pelbagai sektor melalui perbelanjaan lebih tinggi oleh pengunjung domestik dan antarabangsa.

Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Air Selangor Cipta Sejarah Dengan Terbitan Sukuk Biru Pertama Dunia Bernilai RM200 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berjaya menetapkan harga sukuk biru pertama di dunia dan terbitan bon/sukuk biru pertama di Malaysia, dengan nilai nominal RM200 juta.

Aset Bersih Kumpulan Wang Amanah Negara Dijangka Berganda Dalam Tempoh 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Aliran masuk yang konsisten ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) termasuk pulangan pelaburan terkumpul dijangka meningkatkan aset bersih dana itu kepada dua kali ganda dalam tempoh kira-kira 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Program Insentif Pembiayaan Tanam Semula Sawit Beri Manfaat Lebih 4,300 Pekebun Kecil

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Program Insentif Pembiayaan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil 2.0 (TSPKS 2.0) yang dilaksanakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memberi manfaat kepada 4,364 pekebun kecil persendirian.

Belian Saham Bersifat Defensif Terpilih Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Rabu disokong pembelian terpilih bagi saham bersifat defensif selepas sesi dagangan yang tidak menentu.