Terdapat 34 berita berdasarkan kata kunci carian " semenanjung malaysia"

AirBorneo Perluas Operasi Ke Seluruh ASEAN, Kekalkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways (AirBorneo) akan memperluaskan operasinya ke beberapa destinasi di seluruh ASEAN sambil terus mengekalkan tanggungjawabnya untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar (rural air services) di Sarawak dan Sabah.

Searah Malaysia Ambil Alih Kontrak Perkongsian Pengeluaran Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Searah (Malaysia) Sdn Bhd, entiti pengendali Searah Ltd di Malaysia telah mengambil alih kendalian kontrak perkongsian pengeluaran utama di Malaysia daripada Petronas Carigali Sdn Bhd berkuat kuasa 1 Julai 2026, selepas memenuhi semua syarat duluan.

Pendigitalan Kewangan Perkukuh Agenda Keselamatan Makanan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan kewangan digital boleh menjadi penggerak penting agenda keselamatan makanan Malaysia dengan memperkukuh daya tahan kewangan pesawah padi, menyokong peningkatan produktiviti dan memastikan pengeluaran beras domestik yang lebih mampan.

Elsa Energy Raih Kontrak Pemeriksaan Struktur Bawah Laut Guna AUV

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Elsa Bhd, Elsa Energy Sdn Bhd, telah menerima surat lantikan daripada sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran utama bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan struktur bawah laut menggunakan kenderaan bawah air autonomi (AUV) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

BHPetrol, MARA Inc Jalin Kerjasama, Sasar Pasang Sistem Solar Di 50 Stesen Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) hari ini melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol di sekitar Lembah Klang dan disasarkan siap tahun ini.

Tiada Bayaran Insentif Pengeluaran Getah Untuk Jun 2026 -- LGM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Tiada bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibuat kepada pekebun kecil getah pada Jun 2026 memandangkan purata harga bulanan ladang untuk getah sekerap kekal melebihi ambang pengaktifan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

EPIC Sasar Hasil RM700 Juta, NAV RM1 Bilion Menjelang 2030

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) menyasarkan hasil tahunan sebanyak RM700 juta dan nilai aset bersih (NAV) RM1 bilion menjelang 2030 di bawah Pelan Perniagaan Strategik EPIC 2025-2030 (EPIC BEST 2530).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Untuk Hari Ketiga Susulan Kelemahan Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah untuk dagangan hari ketiga berturut-turut, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah.

Inflasi Malaysia Naik 2.0 Peratus Pada Mei 2026 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

IRDA, Kerajaan Bandar Taoyuan Taiwan Jalin Pakatan Memajukan Kolaborasi Industri

ISKANDAR PUTERI, June 16 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memeterai kerjasama strategik dengan Kerajaan Bandar Taoyuan di Taiwan untuk bersama-sama memajukan kolaborasi industri, memperkukuh pembangunan bakat dan meningkatkan daya saing ekonomi.