4hari ago
GEORGE TOWN, 15 Sept (Bernama) -- Prospek kerjasama dan pembangunan antara China-Malaysia semakin meningkat berbanding sebelum ini, susulan pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara, kata Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Zhou Youbin.
4hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan harga tenaga, kata seorang penganalisis.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 15 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah UUE Holdings Bhd (UUE) mengembangkan perniagaannya kepada segmen kejuruteraan pencawang elektrik voltan amat tinggi (EHV) dan voltan tinggi (HV) iaitu bidang yang mempunyai halangan kemasukan yang tinggi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) akan menganjurkan Persidangan JC3 Journey to Zero 2026 di Sasana Kijang di ibu negara pada 28 hingga 29 September ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
4hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok serta lonjakan harga minyak.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- YTL Power International Bhd, Ganda Power dan Siemens Energy memeterai perjanjian tempahan bagi empat lagi unit turbin gas SGT-9000HL.
4hari ago
Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memulakan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA), langkah yang dijangka mewujudkan peluang baharu kepada sektor perniagaan dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
4hari ago
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang meneroka peluang dalam sektor kenderaan elektrik (EV) dan automotif, dalam usahanya mempelbagaikan pelaburan melangkaui asas sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
4hari ago
Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai cadangan agar syarikat minyak global Malaysia itu meneliti kemungkinan menjalankan eksplorasi minyak di Maldives.
4hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari berikutan tekanan jualan meluas sepanjang sesi dagangan pagi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Isnin, dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dan hasil bon Amerika Syarikat (AS), selain ketidaktentuan susulan pertikaian berkaitan pembangunan kecerdasan buatan (AI).