Terdapat 845 berita berdasarkan kata kunci carian "rm1"

Puncak Niaga Lupus Dua Petak Tanah Di Selangor Pada Harga RM237.15 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Puncak Niaga Holdings Bhd dan anak syarikat milik penuhnya, Puncak Niaga Management Services Sdn Bhd (PNMSSB) telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk melupuskan dua bidang tanah di Selangor pada harga RM237.15 juta.

Malaysia Sasar Perdagangan Dua Hala US$10 Bilion Dengan Filipina - Mohamad Hasan

MANILA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan momentum positif dalam hubungan ekonomi dua halanya dengan Filipina, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah US$8.22 bilion (RM35.21 bilion) pada 2025.

HLIB Jangka Inflasi Malaysia Kekal Terkawal Pada Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan inflasi Malaysia kekal terkawal sepanjang separuh kedua 2026, dengan sokongan berterusan melalui subsidi BUDI95 dan BUDI Diesel untuk menampan tekanan inflasi daripada harga komoditi global yang tinggi.

Pertumbuhan Ekonomi Separuh Pertama 2026 Bukti Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini, yang melangkaui unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) antara empat hingga lima peratus, membuktikan ekonomi negara kekal berdaya tahan.

Maybank Pacu Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Selasa, disokong oleh minat belian dalam kaunter wajaran tinggi, yang diterajui Maybank walaupun kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali tercetus.

Peluang TH Pulihkan Keseluruhan Baki Award Al-Rawda Rendah - Pakar

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Peluang Lembaga Tabung Haji (TH) mendapatkan semula keseluruhan award timbang tara bernilai SAR899 juta (kira-kira RM978 juta) daripada Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd (Al-Rawda) adalah rendah, dengan usaha mendapatkan semula baki tersebut kini banyak bergantung kepada kejayaan menjejak dan menguatkuasakan aset syarikat atau penjamin peribadi, kata pakar.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Didorong Prospek Permintaan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong harga minyak sayuran lain yang lebih kukuh serta prospek permintaan yang semakin baik.

Keuntungan Bersih Suku Kedua Malakoff Susut Kepada RM31.71 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd susut kepada RM31.71 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM62.83 juta yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Untung Bersih 99 Speed Mart Meningkat 13.4 Peratus Kepada RM163.95 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lepas.

Ekonomi Thailand Tumbuh 1.9 Peratus Pada Suku Kedua 2026

BANGKOK, 17 Ogos (Bernama) -- Thailand mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada 1.9 peratus bagi tahun ke tahun dalam suku kedua 2026 yang lebih perlahan berbanding 2.8 peratus pada suku sebelumnya, menurut laporan Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) pada Isnin.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Geopolitik, Pertumbuhan Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.

KWSP Daftar 441,846 Ahli Baharu, Keahlian Hampir 18.5 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.