BERITA TERKINI   Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion pada Julai daripada RM265.7 bilion tahun sebelumnya - DOSM | Penambahbaikan kawalan keselamatan di KLIA, pintu masuk antarabangsa libatkan pembangunan teknologi, transformasi sistem - KDN & MOT | Saringan dadah terhadap personel penerbangan antara enam tindakan yang diberi keutamaan, perkukuh kawalan keselamatan sedia ada - KDN & MOT | Kabinet lulus 17 syor penambahbaikan perkukuh kawalan keselamatan di KLIA dan pintu-pintu masuk antarabangsa - KDN & MOT | KPT akan tubuh satu jawatankuasa bebas, kaji dan teliti penggubalan akta baharu gantikan AUKU - Zambry | 

Terdapat 623 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

RHB IB Unjur KDNK Malaysia Tumbuh 4.7 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Seiring Prestasi Mata Wang Asia

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kembali menumpukan mata wang negara maju itu susulan penurunan berikutan laporan penggajian Jun AS yang lebih lemah daripada jangkaan awal.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dirangsang Minat Belian Saham Perbankan, Perladangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.

Melaka Inland Port Pacu Pertumbuhan Ekonomi, Perkukuh Sektor Logistik

ALOR GAJAH, 6 Julai (Bernama) -- Projek Melaka Inland Port (MIP) bernilai RM300 juta dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pengukuhan sektor logistik dan perdagangan, selain menyokong aspirasi kerajaan negeri mencapai sasaran nilai pelaburan RM10 bilion menjelang 2030.

Pendigitalan Kewangan Perkukuh Agenda Keselamatan Makanan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan kewangan digital boleh menjadi penggerak penting agenda keselamatan makanan Malaysia dengan memperkukuh daya tahan kewangan pesawah padi, menyokong peningkatan produktiviti dan memastikan pengeluaran beras domestik yang lebih mampan.

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan TARC Tertakluk Pematuhan Syarat - MOF

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Terus Kukuh Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada dagangan tengah hari, dipacu saham wajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Bersih 12 Minggu Berturut-turut - MBSB Research

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia kepada minggu ke-12 berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM474.6 juta minggu lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.

Sektor Pertanian Di Seremban Catat Nilai Pengeluaran RM45 Juta Tahun Lepas

SEREMBAN, 5 Julai (Bernama) -- Sektor pertanian di daerah Seremban terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila merekodkan nilai pengeluaran sebanyak RM45 juta dengan jumlah pengeluaran mencecah 14,671.27 tan sepanjang tahun lepas.

Agrobank Optimis Sektor Agromakanan Mampu Harungi Cabaran Global

Oleh Norhayati Mohd Akhir

PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) --  Agrobank kekal optimis terhadap daya tahan sektor agromakanan negara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan global.