BERITA TERKINI   ASA 2026: Selampai Labung menang kategori Drama TV Terbaik, turut menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM200,000 | ASA 2026: Pelakon Wanita Drama TV Terbaik dimenangi Noorkhiriah Ahmad Shapie melalui drama Seribu Tahun | ASA 2026: Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik dimenangi Azhan Abdul Rani melalui drama Wok | PM Anwar akui ada kelemahan dalam tindakan berkaitan Waze tetapi pemimpin bertanggungjawab laksana tindakan sepatutnya demi rakyat, negara | PRN Melaka satu kesempatan untuk rakyat menilai semula hala tuju negeri - PM Anwar | 

Terdapat 1071 berita berdasarkan kata kunci carian "erl"

Defisit Fiskal Malaysia Dijangka Susut Kepada RM76 Bilion Pada 2027 - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal Malaysia dijangka mengecil kepada RM76 bilion atau 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 daripada anggaran 3.5 peratus pada 2026, sekali gus memastikan kerajaan terus berada di landasan untuk mencapai sasaran jangka sederhana 3.0 peratus menjelang 2028.

Seramai 164,435 Pembayar Cukai PMKS Boleh Pilih Terus Laksana e-Invois - Liew

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Seramai 164,435 pembayar cukai dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah memilih untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela walaupun kini dikecualikan daripada pelaksanaan sistem itu.

Malaysia Berpotensi Melepasi Sasaran Pengeluaran Minyak Sawit 2026 - Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi melepasi sasaran pengeluaran minyak sawit bagi tahun 2026 susulan pengeluaran yang berada pada landasan yang baik, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Elemen GST Diserap Ke Dalam SST Bagi Elak Cukai Berlapis - Liew

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --  Cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bertujuan memastikan tiada kesan cukai berlapis (cascading) dalam sistem percukaian negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi Didorong Tekanan Jualan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum menurun kemudiannya, didorong oleh aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.

IILM Terima Permintaan Tinggi Bagi Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumpul sebanyak US$1.31 bilion melalui terbitan semula sukuk jangka pendek, dengan menerima tempahan berjumlah kira-kira US$2.33 bilion dalam keadaan pasaran bon global yang tidak menentu.

Negeri Sembilan Catat RM41.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Sejak 2023

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM41.5 bilion pelaburan telah diluluskan untuk Negeri Sembilan bagi tempoh 2023 hingga Jun 2026 di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dengan potensi mewujudkan 14,953 peluang pekerjaan.

Sebanyak 21,391 Bakat Semikonduktor Dilatih Sehingga Jun Selaras Pelaksanaan NSS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Seramai 21,391 bakat telah dilatih dalam bidang semikonduktor sehingga Jun 2026 melalui pelbagai program pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Top Glove Sasar Kapasiti Pengeluaran 78 Bilion Keping Menjelang Akhir Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Top Glove menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran operasinya kepada 78 bilion keping sarung tangan setahun menjelang akhir tahun kewangan 2027, tertakluk kepada keperluan operasi dan ketersediaan sumber.

NFLS 2026 Beri Tumpuan Kepada Kesejahteraan Kewangan, Realiti Dihadapi Kumpulan Rentan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.

KPK Gesa Percepat Penggunaan Teknologi Industri Sawit

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa penggiat industri sawit mempercepat penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan penghasilan produk bernilai tinggi.

Kesaksamaan, Kepercayaan, Ketelusan Kunci Penerimaan Pembaharuan Fiskal -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kesaksamaan, kepercayaan dan ketelusan adalah kunci untuk mendapatkan penerimaan rakyat terhadap pembaharuan fiskal yang sukar, termasuk rasionalisasi subsidi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.