25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pengukuhan ringgit tidak menjejaskan prestasi perdagangan negara kerana sebahagian besar industri eksport Malaysia turut bergantung kepada input yang diimport, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
25hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih lemah.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur beralih kepada aset selamat, walaupun prestasi yang lebih lemah dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai.
25hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.
25hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh harga minyak mentah yang rendah dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
25hari ago
KEPALA BATAS, 2 Julai (Bernama) -- Ideal Property Group berjaya menyiapkan semua kerja-kerja infrastruktur di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam seluas 880 ekar (323.7 hektar), dengan pembangunan tersebut mencapai proses penyerahan penuh selepas mercu tanda pintu masuknya siap dibina.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melakar pencapaian penting dalam perjalanan kelestariannya menerusi dua anugerah bagi kategori Kepimpinan Hijau dan Pelaporan Kemampanan Korporat di Asia Responsible Enterprise Awards (AREA) 2026.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Agensi hartanah, The Roof Realty Sdn Bhd telah menerima dua anugerah daripada The Asia Records selepas ia mencatatkan nilai jualan kasar (GSV) berjumlah RM19.78 bilion pada 2025.