BERITA TERKINI   Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Keputusan tutup sekolah bergantung SOP, nasihat MetMalaysia dan Kementerian Kesihatan- Fadhlina | Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | 

Terdapat 447 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

Pengurangan Cukai PKS Beri Penjimatan Sehingga RM6,000 -- Samenta

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik pengumuman pengurangan cukai pendapatan korporat sebanyak satu peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di dalam Belanjawan 2027.

Peruntukan Tambahan RM5 Bln SME SRF BNM Akan Memanfaatkan 9,000 PKS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk Kemudahan Bantuan Penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9,000 lagi PKS, termasuk perusahaan mikro, dengan menyediakan akses kepada modal kerja mampu milik.

Belanjawan MADANI 2027 Penuhi Keperluan Segenap Lapisan Masyarakat, Capai Kehidupan Saksama

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Meskipun dalam keadaan landskap global yang mencabar, Belanjawan 2027 jelas menyediakan bahagian yang adil dan saksama untuk segenap lapisan masyarakat, kerana kerajaan amat memahami cabaran yang dihadapi rakyat dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.

LIAM Sambut Baik Subsidi MediAsas RM200 Untuk Pekerja PKS Yang Layak

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) memaklumkan bahawa subsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 daripada kerajaan di bawah pelan MediAsas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak akan membantu meluaskan akses kepada perlindungan perubatan asas dalam kalangan pekerja.

Langkah-langkah Belanjawan 2027 Akan Sokong Pemilikan Rumah, Pertumbuhan Hartanah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem untuk pemulihan dalam projek-projek  perumahan terbengkalai akan membantu memudahkan projek dihidupkan semula dan memberikan bantuan yang amat diperlukan kepada pembeli yang terjejas, kata Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Pelaburan Grid TNB RM15 Bilion Sokong Kestabilan Bekalan Tenaga, Pertumbuhan Industri -- Solarvest

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM15 bilion oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam grid nasional yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 hari ini menangani keutamaan dan keperluan kritikal bagi memastikan infrastruktur itu dapat menyokong bekalan tenaga yang boleh dipercayai serta peluasan sektor perindustrian.

Belanjawan 2027: Inisiatif Semikonduktor Bantu Malaysia Melonjak Ke Rantaian Nilai Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Inisiatif berkaitan semikonduktor dalam Belanjawan 2027 boleh membantu Malaysia melonjak dalam rantaian nilai semikonduktor global melalui pengukuhan inovasi, penciptaan harta intelek (IP) dan pembangunan teknologi bernilai tinggi.

Belanjawan 2027: Pertumbuhan Ekonomi Berdaya Tahan Menjana Kesejahteraan Rakyat

Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail, Niam Seet Wei dan Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 Malaysia berjumlah RM459.8 bilion bertujuan menterjemahkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan kepada manfaat nyata untuk rakyat melalui gaji yang lebih baik, sokongan bersasar yang lebih cekap, disiplin fiskal yang lebih kukuh dan langkah agresif ke arah industri bernilai lebih tinggi.

Grab Sasar Tingkatkan Pendapatan Pekerja Gig Tanpa Jejaskan Tambang

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Grab menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing dan rakan penghantaran p-hailing mulai tahun ini (2027) tanpa menjejaskan tambang penumpang, di bawah cadangan rangka kerja pendapatan minimum.

Unjuran KDNK 2027 Pada 4.2-5.2 Peratus Ambil Kira Ketidaktentuan Global - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus dibuat setelah mengambil kira ketidaktentuan global termasuk isu yang masih bergolak di luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Pemangkin Baharu Daripada Belanjawan 2027

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh keyakinan pasaran dan aktiviti belian yang berterusan susulan pengumuman Belanjawan 2027 yang menyediakan pemangkin baharu kepada pasaran.

Kerajaan Sedia Pembiayaan Mudah RM200 Juta Bagi Kos Tanaman Semula Sawit

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah bernilai RM200 juta kepada pekebun kecil bagi membiayai kos penanaman semula kelapa sawit dengan keluasan kawasan sehingga 40 hektar.