6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 memperkukuh hala tuju dasar kelestarian Malaysia merangkumi penyahkarbonan, daya tahan terhadap perubahan iklim dan keterangkuman sosial, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd melihat sektor pengguna sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2027 didorong oleh pelepasan cukai pendapatan individu yang dapat meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong sentimen positif susulan pembentangan Belanjawan 2027.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin dapat membelanjakan RM510 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 tanpa memperkenalkan cukai baharu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) dicadangkan disemak semula untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi hab perkhidmatan global dan menarik aktiviti pengurusan perbendaharaan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai bagi syarikat perkapalan Malaysia dicadangkan agar disemak semula bagi menyumbang kepada pertambahan jumlah kapal tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap kapal asing serta menambah aliran masuk pendapatan fret kapal dalam tempoh jangka panjang.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 mampu menyokong ringgit dan pasaran bon Malaysia dengan memperkukuh permintaan domestik serta memantapkan disiplin fiskal manakala inisiatif untuk menggalakkan pelaburan tempatan berupaya menyediakan peluang kepada pasaran ekuiti.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kediaman pertama dicadangkan agar disemak semula untuk terus menyokong pemilikan rumah kediaman pertama oleh warganegara Malaysia.
7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan prestasi positif minggu lepas, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga murah dalam saham perbankan berikutan Belanjawan 2027 menawarkan sokongan tambahan menerusi langkah-langkah menyasarkan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan perumahan dan pertumbuhan kredit dipacu pelaburan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan supaya galakan cukai bagi pelabur individu yang melabur melalui platform Pendanaan Awam Berasaskan Ekuiti (ECF) dilanjutkan selama empat tahun mulai 1 Jan, 2027 hingga 31 Dis, 2030.