BERITA TERKINI   Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Mohd Azhar Mohd Yusoff dipenjara lapan bulan atas 46 pertuduhan rasuah - Mahkamah Sesyen Kuantan | Kolaborasi dengan Netflix diperhalusi, kembang sektor filem, animasi tempatan secara lebih meluas ke peringkat antarabangsa - Fahmi | Malaysia teroka kerjasama dengan Netflix, jadikan negara destinasi pasca produksi filem, industri kreatif - Fahmi | MB Perlis Abu Bakar Hamzah digantung keahlian Bersatu selama dua penggal pemilihan parti - Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis | KP AKPS Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua tuduhan sebabkan kecederaan kepada dua anggota polis | 

Terdapat 76 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi malaysia"

AMEC Seru Kerajaan Iktiraf Industri Kurier Sebagai Infrastruktur Penting

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC) menyeru kerajaan supaya mengiktiraf industri kurier sebagai infrastruktur penting kepada ekonomi digital dan ketahanan negara serta menyokong pembangunan berterusannya melalui Belanjawan 2027. 

Malaysia Perkukuh Pasaran Minyak Sawit, Tinjau Peluang Baharu Di Afrika, ASEAN, Timur Tengah - Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh pasaran minyak sawit sedia ada dan meninjau peluang di Afrika, ASEAN, Timur Tengah dan rantau lain.

NFLS 2026 Beri Tumpuan Kepada Kesejahteraan Kewangan, Realiti Dihadapi Kumpulan Rentan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.

Inflasi Malaysia Antara Terendah Di Rantau Ini, Namun Tekanan Kos Huluan Meningkat - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia antara yang terendah di rantau ini, namun peningkatan tekanan kos di peringkat huluan boleh membawa risiko kenaikan harga pada lewat tahun ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.

AMRO Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 & 2027 Malaysia, Didorong Pelaburan Pesat AI

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya, dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).

Malaysia Kini Fokus Bina Daya Tahan Ekonomi dalam Ketidaktentuan Global -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Fokus ekonomi Malaysia kini beralih daripada mengejar kecekapan kepada usaha membina daya tahan yang lebih kukuh, ketika negara terus mencatat pertumbuhan yang mengatasi unjuran walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Perusahaan Diterajui Wanita Catat Potensi Jualan RM229 Juta Pada WiEX@MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Perusahaan diterajui wanita mencatat potensi jualan eksport bernilai RM229 juta menerusi sesi padanan perniagaan yang telah diatur lebih awal dan pada pameran selama empat hari yang diadakan di Pavilion Women in Export (WiEX) @ MIHAS 2026.

PM Anwar Gesa Lebih Banyak Syarikat Malaysia Perluas Operasi Di Arab Saudi 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak syarikat Malaysia mengembangkan operasi di Arab Saudi serta meneroka kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Diunjur 5.4 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Indeks Pelopor Malaysia Meningkat 1.1 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Belanjawan 2027 Dijangka Lonjak Penggunaan, Beri Pertumbuhan Meluas

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan datang berkemungkinan akan mengutamakan langkah untuk meningkatkan penggunaan isi rumah dan melindungi ekonomi daripada kejutan luaran dalam keadaan permintaan dalam negeri yang lemah pada separuh pertama tahun ini, kata seorang pakar ekonomi. 

Pavilion Libya Di MIHAS 2026 Bakal Pacu Perdagangan Malaysia-Libya -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembukaan Pavilion Libya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) dijangka membuka peluang baharu bagi perniagaan Malaysia dan Libya untuk mengembangkan perdagangan masing-masing.