Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur asing"

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Affin Hwang Mahu Belanjawan 2027 Tingkatkan FDI, Aliran Masuk Modal Asing

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd berharap Belanjawan 2027 akan memperkenalkan langkah-langkah yang kondusif untuk pelaburan langsung asing (FDI) dan memudah cara lebih banyak aliran masuk modal asing ke Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan prestasi kurang menggalakkan pada minggu lepas sejajar dengan trend serantau yang lemah, kata penganalisis.

Rakuten Trade Kekalkan Sasaran FBM KLCI 1,770 Pada Akhir 2026, Belanjawan 2027 Jadi Penentu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Selama Enam Minggu Dengan Aliran Masuk RM120.3 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM120.3 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Institusi Tempatan Teruskan Aktiviti Belian Untuk Minggu Kelima Dengan Aliran Masuk RM200.5 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM200.5 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).